Skip to main content

Singapura

Rangka kerja industri media tampil kemahiran teknologi baharu seperti dalam filem Hollywood

Kemahiran dalam teknologi baharu yang digunakan dalam filem-filem pecah panggung Hollywood akan dimasukkan dalam rangka kerja kemahiran yang diperbaharui bagi industri media.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka kerja industri media tampil kemahiran teknologi baharu seperti dalam filem Hollywood

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 04 Dec 2024 02:50PM Dikemas Kini : 04 Dec 2024 02:51PM
  • Kemahiran dalam teknologi baharu yang digunakan dalam filem-filem pecah panggung Hollywood akan dimasukkan dalam rangka kerja kemahiran yang diperbaharui bagi industri media.
  • Ini termasuk kemahiran dalam AI generatif dan Pengeluaran Maya seperti dalam filem-filem Star Wars.
  • Rangka kerja oleh badan pemantau media Singapura (IMDA) bertujuan menggilap bakat media di negara ini dengan menyediakan peta jalan untuk para pekerja.
  • "Hari ini, kami mengorak langkah penting untuk melakukan demikian dengan melabur dalam masa hadapan media - iaitu para karyawan kita supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran betul, teknologi, alat dan platform supaya dapat terus berkembang maju dalam kisah dinamik ini," kata Menteri Negara Kanan bagi Penerangan dan Pembangunan Digital, Tan Kiat How.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Kemahiran dalam teknologi baharu yang digunakan dalam filem-filem pecah panggung Hollywood akan dimasukkan dalam rangka kerja kemahiran yang diperbaharui bagi industri media.

Ini termasuk kemahiran dalam AI generatif dan Pengeluaran Maya seperti dalam filem-filem Star Wars.

Rangka kerja oleh badan pemantau media Singapura (IMDA) bertujuan menggilap bakat media di negara ini dengan menyediakan peta jalan untuk para pekerja.

Langkah itu diumumkan di Forum dan Pasaran TV Asia pada Rabu (4 Dis).

"Sedang industri kandungan hiburan Asia semakin berkembang, Singapura akan menjadi rakan kongsi untuk menceritakan kisah-kisah kami kepada seluruh dunia, dan bagi seantero dunia mengenali bakat-bakat di Asia.

"Hari ini, kami mengorak langkah penting untuk melakukan demikian dengan melabur dalam masa hadapan media - iaitu para karyawan kita supaya mereka dilengkapi dengan kemahiran betul, teknologi, alat dan platform supaya dapat terus berkembang maju dalam kisah dinamik ini," kata Menteri Negara Kanan bagi Penerangan dan Pembangunan Digital, Tan Kiat How.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita