Rangka kerja baru kemahiran sektor daya tenaga dilancarkan
Satu rangka kerja baru kemahiran bagi sektor daya tenaga dilancarkan. Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengumumkannya di pembukaan Minggu Daya Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2018 pada Selasa (30 Okt).
SINGAPURA: Satu rangka kerja baru kemahiran bagi sektor daya tenaga dilancarkan.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengumumkannya di pembukaan Minggu Daya Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2018 pada Selasa (30 Okt).
Beberapa daya usaha juga diperkenalkan untuk membantu syarikat-syarikat lebih menjimatkan tenaga dan mengurangkan pengeluaran karbon.
Rangka kerja kemahiran itu dihasilkan bersama Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Skillsfuture Singapore dan Workforce Singapore (WSg).
Ia akan melakarkan kemahiran-kemahiran sedia ada dan masa depan bagi lebih 120 jenis pekerjaan.
Ini untuk memastikan para pekerja Singapura kekal relevan dan berdaya saing.
Untuk membantu syarikat-syarikat lebih menjimatkan daya tenaga dan mengurangkan pengeluaran karbon pula, EMA, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), akan melancarkan beberapa skim geran yang baru.
EMA misalnya telah melancarkan dana membiayai sehingga 50 peratus projek-projek menjimatkan tenaga, dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bagi sektor pengeluaran, EDB dan NEA akan meningkatkan sokongan biaya daripada 30 peratus sekarang kepada 50 peratus bagi membantu kemudahan perusahaan.
Menurut Encik Chan, lebih penting, ini akan membuka peluang-peluang baru dan meningkatkan daya saing di dalam mahu pun luar negara serta mengurangkan cukai karbon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.