Rangka kerja baru galak perkongsian data, tingkatkan keyakinan ekonomi digital S'pura
Satu rangka kerja baru bagi memudahkan perkongsian data sesama pertubuhan diperkenalkan pada Jumaat (28 Jun) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi digital negara.
SINGAPURA: Satu rangka kerja baru bagi memudahkan perkongsian data sesama pertubuhan diperkenalkan pada Jumaat (28 Jun) sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan dalam ekonomi digital negara.
Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Pengangkutan, Janil Puthucheary, memperkenalkan Rangka Kerja Perkongsian Data Diyakini semasa menyampaikan ucapan di acara teknologi Innovfest Unbound pada Jumaat (28 Jun).
Dalam satu kenyataan media, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan ia bekerjasama dengan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) untuk berbincang dengan para pemain industri sebelum membangunkan rangka kerja baru itu bagi mencipta "bahasa perkongsian data" yang sama.
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi syarikat-syarikat pada masa ini adalah kekurangan panduan dan pendekatan sistemik bagi perkongsian data dan mewujudkan keyakinan dengan rakan-rakan kerja apabila berkongsi aset data. Ini di samping keprihatinan bahawa perkongsian data boleh mendedahkan rahsia perdagangan ataupun mengurangkan daya saing.
"Meskipun ramai pihak bersetuju bahawa aset-aset tidak ternilai seperti data adalah sesuatu yang bernilai, pertubuhan-pertubuhan menghadapi cabaran-cabaran tertentu seperti memastikan PDPA dipatuhi atau mengukur nilai aset data dengan betul," menurut IMDA.
Ini kemudian boleh menjejas keupayannya untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan data bagi membangunkan dan memasarkan produk dan khidmat inovatif, kata agensi itu.
Rangka kerja baru itu menyepadukan kandungan daripada garis panduan PDPC sedia ada mengenai data peribadi.
Ia juga merangkumi bahan-bahan baru seperti panduan bagi menilai aset data untuk perkongsian serta templat perundangan bagi membolehkan proses perkongsian, menurutnya lagi.
Selain itu, Rangka Kerja Perkongsian Data Diyakini juga boleh membantu mempertingkatkan norma-norma industri. Ini dilakukan dengan membolehkan aliran data diyakini yang lebih baik bagi ekonomi digital, baik di Singapura mahupun di luar negara.
Dari segi kecerdasan buatan (AI), khususnya, data diyakini bermakna lebih kebertanggungjawapan dan ketelusan sejak awal lagi.
Ini merupakan langkah terbaru dalam siri inisiatif untuk membangunkan AI di Singapura.
Pada awal tahun ini, Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran memperkenalkan Model Rangka Kerja Tadbir Urus Kecerdasan Buatan. Ia bertujuan memberi panduan kepada para pemain sektor privet mengenai bagaimana untuk menggunakan huraian AI secara beretika.
Inisiatif itu memenangi anugerah utama di Forum Sidang Puncak Sedunia mengenai Masyarakat Maklumat (WSIS) pada April.
Pemerintah juga mengumumkan bahawa ia akan menggandakan usahanya untuk membangunkan sektor AI di negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.