Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja baru disambut baik dewan perniagaan antarabangsa di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Mar 2022 09:11PM Dikemas Kini : 06 Mar 2022 09:16PM

SINGAPURA: Dewan-dewan perniagaan antarabangsa di Singapura mengalu-alukan rangka kerja baru, berteraskan mata ganjaran bagi para karyawan asing.

Sistem itu, menurut mereka, hanya akan memikat bakat yang terbaik ke sini.

Ini di samping memastikan Singapura kekal berdaya saing.

Di bawah Rangka Kerja Penilaian Pelengkap atau Compass, para pemohon Pas Pekerjaan (EP) mesti mencapai 40 mata dalam empat kriteria asas.

Dewan Perniagaan Amerika di Singapura menyatakan ketelusan rangka kerja itu akan menjadikannya lebih mudah untuk syarikat-syarikat membuat perancangan buat jangka panjang atau memulakan perniagaan di sini.

Dewan Perniagaan Britain pula menyatakan dengan memikat pekerja warga asing yang terbaik, ia akan memastikan kemahiran dapat dipindahkan kepada bakat tempatan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan