Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja baru diperkenal bantu pekerja khidmat sosial panjat tangga kerjaya

Sektor khidmat sosial kini mempunyai rangka kerja kemahiran baru bagi membantu para karyawan bidang tersebut memanjat tangga kerjaya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sektor khidmat sosial kini mempunyai rangka kerja kemahiran baru bagi membantu para karyawan bidang tersebut memanjat tangga kerjaya.

Rangka kerja itu dilancarkan di majlis penyampaian anugerah dan tamat pengajian Institut Khidmat Sosial (SSI). Ia menggariskan kemahiran yang diperlukan untuk menceburi pelbagai kerjaya dalam industri khidmat sosial.

Menurut Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sam Tan, rangka kerja tersebut akan membantu para karyawan meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka.

Bagi individu yang berminat menyertai sektor tersebut pula, ia akan membantu mereka dari segi kemahiran yang diperlukan untuk memasuki bidang tersebut. Sekitar 15,000 karyawan dijangka meraih manfaat daripada rangka kerja baru itu.

Dalam pada itu, lebih 200 karyawan menerima biasiswa serta anugerah khusus bagi sektor khidmat sosial dalam majlis tersebut.

TEKAD BANTU, CARI KEPUASAN SEBAB CEBURI KHIDMAT SOSIAL

Salah seorang karyawan yang menerima biasiswa tersebut ialah Nur Laila Jasni, yang berhasrat untuk menceburi bidang khidmat sosial untuk membantu kanak-kanak yang senasib dengannya.

Cik Laila dibesarkan oleh seorang ibu tunggal.

"Apabila saya melihat kanak-kanak yang dibesarkan dalam latar belakang keluarga yang serupa, dan mereka mengalami lebih banyak masalah, saya rasa sedih dan saya rasa saya patut menolong mereka sedaya upaya saya," kata Cik Laila.

Bagi Muhd Jamaluddin Mustafa pula, beliau bertukar kerjaya dari industri keselamatan ke bidang khidmat sosial kerana mendambakan kepuasan dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Sekarang saya bekerja di TTSH sebagai penolong kanan pekerja sosial. Jadi kerja harian saya adalah bertemu-ramah dengan pesakit. Apabila saya berjumpa pesakit, saya dapat memahami mereka lalu membantu mereka. Perkara-perkara kecil yang saya lakukan untuk membantu rupa-rupanya dapat membantu mereka bagi jangka masa yang panjang," cerita Encik Jamaluddin.

Encik Jamaluddin yang menamatkan pengajian peringkat diplomanya dalam bidang khidmat sosial juga muncul sebagai pelajar terbaik kohortnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan