Rangka kerja baru bagi tangani penipuan, kepalsuan online di S'pura
Satu rangka kerja baru yang menyepadukan pelbagai maklumat dan inisiatif-inisiatif celik media sedia ada sedang dibangunkan bagi membina daya bingkas rakyat Singapura terhadap kes-kes penipuan online dan kepalsuan online yang disengajakan.
Pelajar Sekolah Rendah CHIJ Katong membuat penyampaian tentang projek mereka di Sidang Menteri-Menteri ASEAN. (Gambar: Majlis Celik Media/ Facebook)
SINGAPURA: Satu rangka kerja baru yang menyepadukan pelbagai maklumat dan inisiatif-inisiatif celik media sedia ada sedang dibangunkan bagi membina daya bingkas rakyat Singapura terhadap kes-kes penipuan online dan kepalsuan online yang disengajakan.
Ini diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran hari ini (2 Jun) ketika beliau melancarkan Pelan Pembangunan Kesediaan Digital Singapura yang pertama.
Seorang jurucakap dari Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) memberitahu Mediacorp secara berasingan bahawa rangka kerja maklumat negara dan celik media akan menyatukan program-program Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dan Majlis Celik Media (MLC) yang sedia ada.
Rangka kerja bersama ini akan membantu dalam usaha-usaha mendidik masyarakat serta memastikan kelancaran dalam penyampaian mesej dan perhubungan dengan orang awam, kata jurucakap itu.
Rangka kerja itu dibangunkan oleh MCI dengan kerjasama IMDA, NLB dan CSA.
Pelan Pembangunan Kesediaan Digital pertama Singapura, yang diperkenalkan Encik Iswaran hari ini (2 Jun), bertujuan menangani isu maklumat dan celik media. Ia turut mengandungi pelbagai strategi lain serta saranan-saranan yang dikemukakan Kumpulan Kerja Kesediaan Digital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.