Rangka kerja baharu bantu syarikat ukur impak kedermawanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat tempatan tidak lama lagi boleh menganggarkan impak usaha kedermawanan mereka.
Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) berhasrat untuk menyediakan satu set metrik untuk mengukur keberkesanan pemberian dan kerja-kerja sukarela.
Butiran satu rangka kerja itu akan dilancarkan awal tahun depan.
Selain satu rangka kerja yang akan dilakarkan, syarikat-syarikat juga akan menerima buku panduan yang menyarankan langkah-langkah dan juga amalan untuk mencapai matlamat sosial mereka.
Ini didorong oleh apa yang dipanggil Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli sebagai peralihan daripada "pemberian secara ad-hoc" demi mencapai hasil yang lebih mampan.
Beliau juga akur bahawa meskipun terdapat beberapa syarikat yang baru bermula untuk melakukan amal, terdapat syarikat lain yang lebih berpengalaman dalam bidang kedermawanan.
Oleh itu, selain membiayai perkhidmatan secara langsung, syarikat-syarikat sedemikian boleh membuat pelaburan dalam bidang-bidang seperti kajian dan inovasi.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.