Rangka kerja baharu bakal mudahkan proses dapatkan lesen hak cipta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Temasek bekerjasama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), untuk melabur dana S$75 juta bagi mempercepat langkah mengkomersilkan usaha niaga teknologi di Singapura.
Ini khususnya di bidang-bidang yang memiliki peluang pasaran global yang luas.
Ketua Teknologi Membangun di Temasek Russel Tham berkata: "Tiga bidang ini, peralihan tenaga, bioteknologi dan komputasi generasi seterusnya merupakan pasaran yang sangat besar dan kami yakin, jika dapat mencipta huraian inovatif, ia dapat mengatasi sebahagian cabaran yang dihadapi ekonomi dan masyarakat global hari ini.
"Dalam bidang peralihan tenaga, kami lihat kepada huraian-huraian yang memiliki jejak karbon lebih rendah, atau kadar pelepasan karbon lebih rendah."
Sekurang-kurangnya dua syarikat pemula akan dilancarkan setiap tahun, selain diberi bimbingan dan bantuan kewangan.
Satu rangka kerja baharu pelesenan hak cipta akan turut dikembangkan.
Ini dapat mengurangkan tempoh proses mendapatkan lesen sedemikian, daripada lima bulan kini kepada sekitar sebulan.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.