Rangka kerja baharu bagi reka bentuk taman permainan mulai 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tidak lama lagi, taman permainan kanak-kanak di estet perumahan awam baharu, akan menampilkan pelbagai elemen unik, melangkaui jongkang-jongket dan buaian.
Satu rangka kerja baharu akan dijadikan panduan bagi pembangunan taman permainan di estet-estet HDB masa depan untuk menyokong perkembangan fizikal, sosial dan kreatif kanak-kanak dengan lebih baik lagi.
Memandangkan kanak-kanak kini menghabiskan kebanyakan masa dengan peranti elektronik, HDB sedang memikirkan kaedah untuk menaik taraf tempat riadah tradisional itu.
Dulunya buaian dan jongkang-jongket, tetapi taman permainan HDB kian berkembang dan kini menampilkan lebih banyak elemen kompleks.
Daripada struktur memanjat hinggalah ke tempat bersenam, kemudahan itu dapat memenuhi keperluan kumpulan usia yang lebih luas.
Kini, satu rangka kerja baharu sedang dirintis di Mount Pleasant Crest, untuk meningkatkan pengalaman bermain bagi kanak-kanak.
Pengarah Klinikal, Ahli Terapi Cara Kerja OT FOR KIDS SG Tang Wei Kiat berkata: "Kanak-kanak perlu bergerak. Mereka perlu ruang untuk bergerak dan berhubungan. Taman permainan di bandar seperti Singapura, membolehkan mereka membina pelbagai kemahiran ini - fizikal, sosial dan kreatif."
Taman permainan baharu nantinya akan mengajak kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka dengan cara yang lebih kreatif.
Bagi kanak-kanak lebih besar, peralatan seperti jaring memanjat dan trampolin boleh memberi lebih banyak peluang untuk mencabar diri mereka dari segi fizikal dan sosial.
"Badan anda bergerak, jadi sistem akan dirangsang dan menghantar isyarat ke otak. Otak memproses maklumat lalu menghantar isyarat kembali ke badan untuk membantu mengawal postur dan kesimbangan tubuh. Kenapa ini penting bagi kanak-kanak?
"Anda mungkin terfikir, ia hanya aspek fizikal. Tetapi ia bantu membentuk fizikal dan postur badan dan keseimbangan yang baik, untuk bermain dengan kanak-kanak lain," tambahnya.
Rangka kerja itu dijangka diperluas kepada majlis bandaran supaya kawasan sedia ada dapat menikmati faedahnya juga.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.