Skip to main content

Singapura

Rang usul hukuman terhadap salah guna kad SIM bagi tujuan penipuan, jenayah lain akan dibentang bulan depan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Feb 2024 08:54PM Dikemas Kini : 29 Feb 2024 09:41PM
SINGAPURA: Satu rang undang-undang baharu akan dibentangkan di Parlimen bulan depan bagi menghukum mereka yang menyalah guna kad SIM tempatan bagi aktiviti penipuan dan jenayah-jenayah lain.

Pihak berkuasa menyatakan, lebih banyak penipu kini menggunakan kad SIM Singapura untuk membuat panggilan dan menghantar mesej.

Ini sekali gus mengelakkan kaedah mengepung panggilan penipuan luar negara.

Aplikasi Scamshield juga akan dipertingkat untuk mengesan SMS berunsur penipuan dengan lebih tepat lagi, dan membolehkan para pengguna membuat aduan dengan lebih mudah.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam berkata: "Pemerintah sudah melakukan apa yang mampu. Kami terus meneroka langkah-langkah lain bagi melindungi orang awam daripada penipuan.
Tapi ada had tentang apa yang boleh kita lakukan.

Tiada peluru ajaib tunggal, perisai ampuh terhadap penipuan, kecuali kita mansuhkan digitilasasi. Ini bermakna tiada beli-belah internet, tiada telefon bijak dan media sosial, tidak perbankan internet. Itu jelas mustahil. Barisan pertahanan utama, barisan pertahanan kritikal seharusnya adalah setiap individu," tambahnya.
Sumber : CNA/DY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita