Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang undang-undang lindungi pekerja dari diskriminasi dibentang di Parlimen

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memperkenalkan Rang Undang-Undang mengenai keadilan di tempat kerja di Parlimen pada Selasa (12 Nov) yang akan memperkenalkan lebih banyak cara untuk pekerja mendapatkan bantuan apabila menghadapi diskriminasi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Nov 2024 01:26PM Dikemas Kini : 13 Nov 2024 12:23AM
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memperkenalkan Rang Undang-Undang mengenai keadilan di tempat kerja di Parlimen pada Selasa (12 Nov) yang akan memperkenalkan lebih banyak cara untuk pekerja mendapatkan bantuan apabila menghadapi diskriminasi.

MOM menyatakan bahawa undang-undang itu bertujuan untuk mengukuhkan norma tempat kerja sedia ada dan mengukuhkan perlindungan dan kemajuan yang dicapai sejak Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) diperkenalkan pada 2007.

Rang undang-undang itu akan diperkenalkan melalui dua rang undang-undang, dengan yang kedua akan dibentangkan pada tahun depan.

Pada Selasa (12 Nov) di Parlimen, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng membentangkan rang undang-undang pertama, yang menetapkan skop yang akan dilindungi oleh undang-undang keadilan di tempat kerja dan yang dijangka akan dipatuhi oleh pihak majikan.

Rang undang-undang kedua akan memperkenalkan proses untuk individu membuat tuntutan persendirian, dan akan menjadi peluasan Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT) sedia ada.
Sesetengah butiran ini akan mengambil masa untuk diselesaikan.

“Kami tidak mahu menangguhkan rang undang-undang pertama untuk mendapatkan semua itu (selesai). Kami mahu mengemukakan Rang Undang-Undang pertama … supaya firma-firma boleh mula membuat persiapan,” kata jurucakap MOM kepada para wartawan semasa taklimat media.

Jika kedua-dua rang undang-undang diluluskan oleh penggubal undang-undang, rang undang-undang itu mungkin berkuat kuasa pada 2026 atau 2027, menurut MOM.

Rang undang-undang pertama menetapkan lima bidang yang akan dilindungi sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, iaitu:

1. Umur

2. Kerakyatan

3. Jantina, status perkahwinan, status kehamilan, tanggungjawab penjagaan

4. Kaum, agama dan bahasa

5. Ketidakupayaan dan keadaan kesihatan mental

Bidang-bidang ini menyumbang lebih daripada 95 peratus aduan diskriminasi yang diterima oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) dan MOM.

Antara 2018 dan 2022, purata 315 aduan diskriminasi diterima oleh TAFEP dan MOM.

Lebih separuh daripada aduan - 176 daripadanya - berkaitan dengan kerakyatan, dan 77 melibatkan umur. Hanya sembilan dikategorikan di bawah "lain-lain".

Aduan yang berada di luar daripada ciri-ciri yang dilindungi akan kekal dilindungi di bawah Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP).

Sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, para majikan juga akan dikehendaki melaksanakan proses pengendalian aduan untuk memudahkan penyelesaian pertikaian dalam syarikat.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan