Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja pastikan pekerja dinilai berdasarkan kebolehan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja (WFL) diharap dapat memperkukuh norma-norma keadilan dan keharmonian yang sudah lama diamalkan di tempat kerja.
Ia antara lain melindungi para pekerja daripada diskriminasi terhadap usia, kerakyatan, jantina, kaum, agama, ketidakupayaan dan keupayaan mental, status perkahwinan dan kehamilan dan juga tanggungjawab sebagai penjaga.
Dalam bacaan kedua rang tersebut, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, undang-undang itu tidak bertujuan menjadi penawar kepada semua isu.
Sebaliknya ia akan menjadi pelindung tambahan untuk memastikan pekerja dinilai berdasarkan kebolehan mereka, bukan prasangka.
"Bagi pekerja dan pencari kerja, Rang Undang-Undang ini beri mesej yang tegas, setiap orang ada peluang untuk mencapai potensi mereka di tempat kerja. Ia akan pastikan ada saluran tindakan yang sesuai dan tidak ada pekerja perlu derita dalam diam, seperti kes di mana mereka hadapi diskriminasi kaum atau agama semasa bekerja," kata Dr Tan.
Beliau menambah bahawa kebanyakan majikan bertindak dengan adil dan betul.
Oleh itu, fokus utama pelaksanaan undang-undang itu adalah melalui pendidikan dan sokongan, bukan sekadar penguatkuasaan.
"Undang-undang ini juga pastikan majikan tetap fleksibel untuk buat keputusan berdasarkan keperluan perniagaan yang tulen. Dalam masa yang sama, kami akan berikan kumpulan agama fleksibiliti untuk ambil pekerja mengikut agama," kata Dr Tan.
"Sambil itu, kami kekalkan ruang bersama untuk pekerjaan sekular. Kami sedar banyak majikan ambil pekerja dengan adil dan ingin bertindak dengan betul. Walau ada undang-undang baru ini, kami akan utamakan pendidikan. Kami hanya akan bertindak terhadap majikan yang terang-terang langgar peraturan," tambahnya.

Sumber : CNA/NJ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.