Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang Undang-Undang kawal sektor pengangkutan tempat ke tempat diluluskan

Satu rang undang-undang bagi mengawal sektor Pengangkutan Tempat ke Tempat diluluskan Parlimen hari ini (6 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Aug 2019 09:33PM Dikemas Kini : 06 Aug 2019 09:55PM

SINGAPURA: Satu rang undang-undang bagi mengawal sektor Pengangkutan Tempat ke Tempat diluluskan Parlimen hari ini (6 Ogos).

Di bawah undang-undang itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memperkenalkan satu rangka kerja peraturan baru yang termasuk pelesenan khidmat sewa kereta.

Perincian undang-undang itu diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Janil Puthucheary.

Pada masa sekarang, hanya sepertiga daripada khidmat pengangkutan penumpang secara langsung dari satu tempat ke tempat lain disediakan oleh teksi. Baki dua pertiga lagi disediakan oleh khidmat kereta sewa privet seperti Grab dan Gojek.

Berucap di Parlimen, Dr Janil mengumumkan bahawa para pengendali khidmat kereta sewa privet yang mempunyai sekurang-kurangnya 800 kenderaan di platform mereka, perlu mempunyai lesen. Syarat itu sama yang dikenakan terhadap para pengendali teksi di sini.

Syarikat-syarikat khidmat kereta sewa yang mempunyai kurang daripada 800 kenderaan akan dikecualikan daripada peraturan itu.

Namun begitu, syarikat-syarikat berkenaan tertakluk kepada perauturan keselamatan asas bagi memastikan keselamatan penumpang.

Permohonan untuk mendapatkan lesen dibuka pada Februari tahun depan dan peraturan itu akan dilaksanakan empat bulan kemudian iaitu mulai bulan Jun.

Langkah mengenakan lesen itu memberi LTA kawalan lebih ketat dalam aspek keselamatan.

"Para pengendali yang mana pemandunya melakukan terlalu banyak kemalangan atau kesalahan boleh didenda menerusi sekatan kawal selia," kata Dr Janil.

Para pengendali juga tidak dibenarkan membuat aturan eksklusif yang menghalang para pemandu daripada berkhidmat dengan pengendali yang lain.

Mengenai tambang pula, Dr Janil akur bahawa walaupun Majlis Pengangkutan Awam (PTC) mempunyai piawai tambang bagi teksi, tidak begitu pula bagi khidmat sewa kereta.

Lantaran itu, Akta Pengangkutan Awam akan dipinda untuk memberi PTC kuasa meluaskan piawai tambangnya itu meliputi juga khidmat kereta sewa privet. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan