Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang undang-undang diperkenal bagi tubuhkan Pejabat Peguam Bela Awam

Sebuah Pejabat Pembela Awam (PDO) yang akan mentadbir bantuan guaman jenayah mungkin akan ditubuhkan tidak lama lagi, dengan pengenalan satu Rang Undang-undang di Parlimen pada Isnin (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Rang undang-undang diperkenal bagi tubuhkan Pejabat Peguam Bela Awam

(Gambar: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 04 Jul 2022 05:47PM Dikemas Kini : 04 Jul 2022 05:47PM
SINGAPORE: Sebuah Pejabat Pembela Awam (PDO) yang akan mentadbir bantuan guaman jenayah mungkin akan ditubuhkan tidak lama lagi, dengan pengenalan satu Rang Undang-undang di Parlimen pada Isnin (4 Jul).

Jika diluluskan, Rang Undang-undang itu akan memperuntukkan penubuhan PDO sebagai sebuah jabatan di bawah naungan Kementerian Undang-undang (MinLaw). Ia juga akan melantik seorang ketua peguam bela awam dan peguam-peguam bela awam awam selain membentangkan skop pagi perlindungan bantuan guaman jenayah.

Ia juga menetapkan bagaimana PDO akan mentabdir bantuan guaman jenayah serta satu rangka kerja denda untuk mencegah penyalahgunaan bantuan tersebut, menurut MinLaw dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam berkata pada April bahawa MinLaw menyasarkan untuk menubuhkan PDO menjelang hujung tahun ini.

Pada 2020, ketika menangani kes Parti Liyani, Encik Shanmugam berkata Pemerintah akan mengkaji butiran dan kebolehlaksanaan sebuah skim peguam bela awam.

PERLINDUNGAN DI BAWAH PDO

Jika Rang Undang-undang yang diusulkan diluluskan, bantuan guaman jenayah di bawah PDO akan disediakan kepada rakyat dan penduduk tetap Singapura "mudah terjejas" yang layak, yang didakwa atas kesalahan jenayah bukan melibatkan hukuman mati tetapi tidak mampu mendapatkan wakil undang-undang disebabkan keterbatasan mereka dari segi kewangan, jelas MinLaw.

Ini bermakna kesalahan yang membawa hukuman mati, seperti membunuh, tidak akan dilindungi di bawah PDO.

Kesalahan-kesalahan yang melanggar peraturan seperti saman lalu lintas dan dakwaan kecil jabatan atau lembaga berkanun juga tidak akan dilindungi di bawah PDO.

Rang Undang-undang itu mengecualikan 10 Akta yang "mencegah tingkah laku khusus yang membawa kepada kesan luaran negatif kepada masyarakat", seperti perjudian dan pertaruhan, jenayah terancang dan bersindiket serta pengganasan.

PDO akan hanya meliputi dakwaan Negara. Ini bermaksud ia tidak akan meliputi dakwaan privet yang tidak diuruskan oleh Peguam Negara, menurut MinLaw.

Perlindungan pendapatan bagi Skim Bantuan Guaman Jenayah akan dinaikkan dari persentil ke-25 kepada persentil 35 isi rumah penduduk, lantas menaikkan paras pendapatan isi rumah per kapita dari S$950 kepada S$1,500, kata Encik Shanmugam pada April.

SIAPA BOLEH DAPATKAN BANTUAN?

Jika tertuduh yang memohon bagi bantuan guaman itu lulus kedua-dua "ujian kewangan dan merit", ketua pembela awam boleh meluluskan permohonan mereka, menurut MinLaw pada Isnin.

Ujian merit akan dijalankan oleh ketua peguam bela awam, atau bagi sesetengah kesalahan, oleh sebuah lembaga terdiri daripada ketua peguam bela awam dan dua peguam tatalaku privet.

Bagi ujian merit, batuan boleh diberikan apabila pemohon memerlukan wakil undang-undang untuk mengaku bersalah atau jika terdapat "sebab munasabah bagi pembelaan", tambah kementerian itu.

Di bawah Rang Undang-undang diusulkan itu, MinLaw juga boleh mengarahkan ketua peguam bela awam untuk memberikan bantuan dalam kes di mana bantuan tidak diberikan sekiranya "beliau berpendapat bahawa ia adalah demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian", menurut MinLaw.

Jika pemohon tidak atau berkemungkinan tidak lulus ujian upaya, Rang Undang-undang itu akan membenarkan menteri untuk memberi kuasa kepada ketua peguam bela awam untuk memberikan bantuan sekiranya "beliau berpendapat bahawa ia adalah adil dan wajar".

Jika Rang Undang-undang diluluskan, MinLaw juga boleh memberi kuasa kepada mana-mana individu atau panel individu untuk menggunakan kuasa mereka bagi menolak keputusan pembela awam untuk menafikan bantuan jika pemohon gagal ujian kewangan.

SIAPA AKAN KENDALIKAN PDO?

Sekiranya Rang Undang-undang diluluskan, seorang ketua peguam bela awam, timbalan ketua pembelaan awam dan penolong ketua pembela awam akan dilantik.

Ketua peguam bela awam akan menyelia pentabdiran PDO dan boleh melantik pegawai awam serta individu lain yang "berkelayakan dan berpengalaman" untuk menjalankan tanggungjawab selaku peguam bela awam, menurut MinLaw. Ini termasuk hak untuk mewakili tertuduh yang dihulurkan bantuan itu di mahkamah.

Rang Undang-undang itu menyertakan peruntukan bagi ketua pembela awam untuk melantik sebuah panel peguam cara untuk bertindak bagi pihak pemohon yang sudahpun diberikan bantuan dan untuk menyediakan yuran yang perlu dibayar kepada peguam cara berkenaan.

Rang Undang-undang itu juga mengusulkan hukuman jenayah bagi sebarang penyalahgunaan bantuan tersebut.

Ini termasuk denda sehingga S$5,000 dan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan yang melibatkan perbuatan menyediakan kenyataan palsu atau mengelirukan atau gagal untuk membuat "pendedahan penuh dan telus berhubung kewangan".

Pemohon yang gagal untuk memaklumkan kepada ketua pembela awam tentang sebarang perubahan pada keadaan atau kewangan mereka yang boleh menyebabkan mereka menjadi tidak layak bagi bantuan guaman jenayah juga boleh berdepan hukuman sedemikian.
Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa