Rang undang-undang dibentang tangani salah guna PMA; peraturan baharu berkuat kuasa pertengahan 2026
Rang undang-undang 'omnibus' yang mewajibkan seseorang itu memiliki sijil keperluan perubatan yang sah bagi menunggang skuter mobiliti di laluan awam, dibentangkan di parlimen pada Isnin (12 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rang undang-undang 'omnibus' yang mewajibkan seseorang itu memiliki sijil keperluan perubatan yang sah bagi menunggang skuter mobiliti di laluan awam, dibentangkan di parlimen pada Isnin (12 Jan).
Rang undang-undang 'omnibus' berbentuk menyeluruh dan merangkumi pelbagai undang-undang.
Peraturan mobiliti aktif itu dijadual dilaksanakan pada pertengahan 2026 oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Diperkenalkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow, Rang Undang-Undang Pengangkutan Darat dan Perkara Berkaitan itu, jika diluluskan, turut mewajibkan pemasangan unit dalam kenderaan (OBU) sistem ERP 2.0 pada semua kenderaan bermotor berdaftar di Singapura untuk digunakan di jalan raya awam.
Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan garis masa pelaksanaan pertengahan 2026 bagi peraturan skuter mobiliti itu akan memberi pihak terjejas “masa untuk mematuhinya”.
Peraturan tersebut sebelum ini dijadual berkuat kuasa pada suku pertama tahun ini.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda pelbagai undang-undang berkaitan pengangkutan, seperti Akta Mobiliti Aktif, Akta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, Akta Kenderaan Bermotor Kecil (Keselamatan), Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan Akta Kenderaan Jalan Raya (Kuasa Khas), antara undang-undang lain.
Antara lain, pindaan yang dicadangkan bertujuan menangani kebimbangan berhubung penyalahgunaan skuter mobiliti oleh individu yang kelihatan sihat tubuh badan, selain isu memandu laju dan penggunaan peranti bersaiz besar yang boleh menjejas keselamatan pengguna laluan lain, menurut kementerian itu.
Di bawah perubahan tersebut, para pengguna perlu memiliki sijil keperluan perubatan yang sah untuk menunggang atau memandu alat mobiliti peribadi (PMA).
Had laju bagi PMA juga akan diturunkan daripada 10 kilometer sejam kepada enam kilometer sejam.
Selain itu, skuter mobiliti perlu didaftarkan untuk mengukuhkan penguatkuasaan.
LTA mengusul supaya keperluan itu terlebih dahulu dikenakan ke atas peranti baharu yang dijual, sebelum pengguna sedia ada diberikan masa untuk mematuhi syarat tersebut menjelang pelaksanaan penuh.
Rang undang-undang itu juga mengusulkan supaya pemilikan e-skuter yang tidak mematuhi piawaian UL2272 dijadikan sebagai satu kesalahan, memandangkan e-skuter yang tidak mematuhi piawaian itu menimbulkan risiko kebakaran yang serius.
Buat masa ini, ia adalah satu kesalahan untuk menggunakan e-skuter yang tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran UL2272 di laluan awam atau jalan raya, namun bukan satu kesalahan untuk menyimpan peranti sedemikian.
UL2272 ialah piawaian keselamatan kebakaran bagi peranti mobiliti peribadi elektrik di Singapura.
Secara berasingan, rang undang-undang itu mengusulkan supaya kenderaan bermotor berdaftar di Singapura diwajibkan memasang OBU sistem ERP 2.0 untuk bergerak di jalan raya awam di Singapura.
MOT menyatakan dalam kenyataannya bahawa pemasangan OBU “sedang berjalan dengan baik”, dengan lebih 90 peratus daripada semua kenderaan di Singapura sudah dipasangkan dengan peranti tersebut.
Pengutipan bayaran ERP yang terlepas juga akan dipermudah dengan tidak menyifatkannya pembayaran ERP yang tidak dibuat sebagai satu jenayah, sebaliknya menganggapnya sebagai urusan pentadbiran.
Pemandu yang mempunyai tunggakan bayaran tidak lagi akan berdepan kesalahan trafik, namun tidak akan dapat berurusan dengan LTA bagi perkhidmatan seperti pembaharuan cukai jalan atau pemindahan kenderaan sehingga bayaran dilunaskan.
Kementerian itu tidak menyatakan bila ia bercadang untuk mewajibkan pemasangan unit ERP 2.0, namun sebelum ini menyatakan bahawa tempoh pemasangan OBU dijangka selesai menjelang akhir 2026.
PINDAAN LAIN
Mulai 1 Julai tahun depan, semua lori dengan berat muatan maksimum antara 3,501 kilogram hingga 12,000 kilogram mesti dipasang peranti had laju yang dihadkan pada 60 kilometer sejam bagi mengurangkan kemalangan berkaitan kelajuan.
Rang undang-undang itu mencadangkan supaya kebertanggungjawaban diperketat dengan mewajibkan ejen yang diberi kuasa untuk melaporkan sebarang pengubahsuaian yang disyaki, mempertanggungjawabkan pemilik dan pemandu kerana membenarkan atau menggunakan kenderaan yang tidak mematuhi syarat, serta melarang perkhidmatan peranti had laju yang tidak dibenarkan, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan berasingan.
Buat masa ini, pemilik lori yang gagal mematuhi keperluan memasang peranti had laju boleh didenda sehingga S$1,000 bagi sabitan pertama, dan sehingga S$2,000 bagi sabitan kedua atau seterusnya.
Hukuman juga akan dinaikkan dengan ketara, dengan denda maksimum dinaikkan kepada S$10,000 bagi kesalahan pertama dan S$20,000 bagi kesalahan berulang, bagi mencerminkan dengan lebih tepat risiko keselamatan jalan raya yang terlibat.
Rang undang-undang itu turut memperkukuh pencegahan dengan menaikkan hukuman bagi kesalahan berkaitan kenderaan yang serius.
Jika rang undang-undang itu diluluskan, hukuman bagi pengubahsuaian kenderaan secara haram akan dinaikkan dan diperluas bagi meliputi pihak yang membenarkan kegiatan sedemikian di premis mereka.
Individu juga berdepan denda sehingga S$20,000 dan/atau hukuman penjara sehingga dua tahun, serta denda lebih tinggi sehingga S$40,000 bagi pesalah bukan individu, yang digandakan bagi kes berulang.
Hukuman juga akan dinaikkan bagi kesalahan menyimpan atau menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan atau dibatalkan pendaftarannya, dengan pesalah berdepan denda sehingga S$20,000 dan/atau hukuman penjara sehingga dua tahun, dan dengan hukuman digandakan bagi kesalahan berulang.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.