Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang undang-undang baru permudah proses dapatkan bantuan guaman

Rang undang-undang bagi memudahkan ujian kelayakan untuk bantuan guaman dan memudahkan bantuan diberi kepada mereka yang gagal ujian kelayakan, diluluskan di Parlimen hari ini (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Rang undang-undang baru permudah proses dapatkan bantuan guaman

(Gambar fail: Xabryna Kek).

Diterbitkan : 19 Nov 2018 08:52PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 08:53PM

SINGAPURA: Rang undang-undang bagi memudahkan ujian kelayakan untuk bantuan guaman dan memudahkan bantuan diberi kepada mereka yang gagal ujian kelayakan, diluluskan di Parlimen hari ini (19 Nov).

Di bawah Rang Undang-Undang Bantuan dan Nasihat Guaman (Pindaan), kriteria kelayakan bantuan guaman akan dikemas kini dan diselaraskan dengan kriteria yang biasanya digunakan oleh skim bantuan sosial sedia ada.

Para pemohon bantuan guaman harus lulus ujian kelayakan berdasarkan pendapatan boleh guna dan modal boleh guna, termasuk penilaian pendapatan dan perbelanjaan, simpanan dan aset.

Penunjuk-penunjuk tersebut akan diubah kepada penunjuk lain seperti pendapatan keluarga per kapita, nilai tahunan kediaman pemohon dan simpanan serta pelaburannya.

Kementerian Undang-Undang (MinLaw) menyatakan bahawa kriteria kelayakan yang baru itu akan mempermudah dan memendekkan proses pemohonan bagi bantuan guaman.

Buat masa ini, sekitar 25 peratus keluarga layak untuk menerima bantuan guaman yang dikendalikan oleh Biro Bantuan Guaman, jabatan di bawah MinLaw. Pada 2017, biro tersebut menerima sekitar 9,000 permohonan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan