Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang Undang-Undang baru jelaskan proses mahkamah bagi permohonan kes hukuman mati selepas rayuan gagal

Anggaran Waktu Membaca:
Rang Undang-Undang baru jelaskan proses mahkamah bagi permohonan kes hukuman mati selepas rayuan gagal

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Satu Rang Undang-undang baru dibentangkan di Parlimen pada Isnin (7 Nov) untuk menerangkan proses permohonan mahkamah bagi kesalahan yang membawa hukuman mati dan tiada lagi peluang rayuan dan jalan pengampunan.

Ia menetapkan Mahkamah Rayuan sebagai satu-satunya mahkamah yang mendengar permohonan berkaitan.

Dalam sesetengah kes, seorang hakim mungkin boleh mendengar permohonan itu, yakni berbeza daripada amalan sedia ada, di mana kes sedemikian boleh dibicarakan di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Selain itu, jika banduan atau peguam mereka telah menyalahgunakan proses mahkamah sebelum ini, kebenaran untuk memfailkan permohonan tidak akan diberikan melainkan terdapat bukti baru berkaitan kes itu.

Peraturan baru itu susulan beberapa penghakiman di mana Mahkamah Rayuan menegur dengan tegas proses mahkamah yang disalahguna dan menangguhkan permohonan selepas rayuan bagi kes sedemikian.

Dalam kenyataan media bersama pada Isnin (7 Nov),
Kementerian Undang-undang (MINLAW) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan Rang Undang-undang itu akan "menjelaskan proses permohonan selepas rayuan dalam kes kesalahan membawa hukuman mati" dan "melindungi pentadbiran keadilan dan kedaulatan undang-undang".

Permohonan selepas rayuan dalam kes sedemikian termasuk permohonan bagi hukuman mati dikekalkan, permohonan yang mencabar sabitan bersalah atau hukuman mati yang dikenakan atau permohonan semakan kehakiman yang mencabar keputusan Presiden untuk tidak memberikan pengampunan.

Permohonan itu adalah bagi kes di mana banduan telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi gagal dalam semua rayuan dan usaha mendaptkan pengampunan.

Di bawah prosedur baru itu, hanya Mahkamah Rayuan boleh mendengar permohonan kes sedemikian dan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati.

PROSES BARU

Banduan harus memohon kebenaran untuk membuat permohonan selepas rayuan.

Perbicaraan rayuan itu mungkin akan didengar oleh seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Dalam beberapa kes, ia mungkin akan didengar tanpa perlu dilakukan secara lisan.

Banduan harus memberikan sebab pemohonan dibuat dan mengapa mereka tidak memfailkan sebelum ini.

Dalam memutuskan untuk memberi kebenaran di bawah peraturan baru itu, Mahkamah Rayuan harus mempertimbangkan beberapa faktor.

Ia termasuk: Sama ada permohonan itu berdasarkan bukti belum dikemukakan di mahkamah sebelum tarikh berkenaan, sama ada berlaku kelengahan dalam memfailkan permohonan selepas bukti diperolehi dan sebab kelengahan tersebut, serta sama ada permohonan itu mempunyai peluang munasabah untuk diluluskan.

Satu lagi kunci utama dalam pindaan undang-undang itu berkaitan dengan penyalahgunaan proses mahkamah.

Jika banduan ataupun peguamnya sebelum ini didapati oleh Mahkamah Rayuan menyalahgunakan proses mahkamah dalam permohonan yang berkaitan, kebenaran tidak boleh diberikan, melainkan terdapat bukti yang tidak dikemukakan sebelum ini.

Sekiranya kebenaran diberikan, permohonan selepas rayuan mesti difailkan dalam tempoh tertentu dan perbicaraan di hadapan mahkamah yang terdiri daripada tiga hakim atau lebih akan ditetapkan.

Waran pelaksanaan boleh dikeluarkan, melainkan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati, Presiden mengarahkan penangguhan hukuman atau terdapat permohonan untuk kebenaran memohon hukuman mati ditangguhkan.

Selain itu, Mahkamah Rayuan boleh memutuskan sama ada untuk mendapati banduan atau peguam mereka menyalahgunakan proses mahkamah untuk menangguhkan atau menggagalkan pelaksanaan hukuman mati.

Mahkamah memerlukan bukti tambahan dalam memutuskan jika berlaku penyalahgunaan proses sedemikian.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan