Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang Undang-Undang baru gabungkan perundangan sedia ada pinjaman pemerintah bukan bagi tujuan belanja

Satu Rang Undang-Undang baru dibentangkan di Parlimen pada Isnin (4 Okt) untuk menggabungkan perundangan tentang pinjaman pemerintah bagi pelaburan dan pembangunan pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Rang Undang-Undang baru gabungkan perundangan sedia ada pinjaman pemerintah bukan bagi tujuan belanja

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 04 Oct 2021 10:31PM Dikemas Kini : 04 Oct 2021 10:32PM

SINGAPURA: Satu Rang Undang-Undang baru dibentangkan di Parlimen pada Isnin (4 Okt) untuk menggabungkan perundangan tentang pinjaman pemerintah bagi pelaburan dan pembangunan pasaran.

Dibentangkan bagi bacaan pertama di Parlimen oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong, Rang Undang-Undang (Pindaan Pelbagai) Pinjaman Pemerintah bertujuan untuk menggabungkan Akta Bil Perbendaharaan Tempatan (LTBA) ke dalam Akta Sekuriti Pemerintah (GSA).

Perubahan diperkenalkan melalui Rang Undang-Undang itu "bersifat pentadbiran dengan tiada perubahan terhadap kandungan Akta masing-masing", menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kertas fakta.

Gabungan itu diusulkan supaya ia dapat dengan "jelas mengasingkan" pinjaman sedia ada bagi tujuan bukan perbelanjaan dari pinjaman baru yang dibuat untuk membiayai projek prasarana utama dan jangka panjang di bawah Akta Pinjaman Pemerintah bagi Prasarana Penting (SINGA).

Diluluskan di Parlimen pada Mei, SINGA membolehkan Pemerintah meminjam sehingga S$90 bilion bagi "prasarana negara yang penting", seperti laluan MRT baru.

MOF, dalam kertas fakta yang diberikan pada Isnin, menyifatkan LTBA dan GSA sebagai Akta utama yang mentadbir aktiviti pinjaman Pemerintah.

Akta LTBA digubal pada 1923 dan memberi kuasa bagi penerbitan Bil Perbendaharaan bagi tujuan membangunkan pasaran hutang jangka pendek dalam negeri.

Akta GSA digubal pada 1992 dan ia memberi kuasa kepada pemberian Sekuriti Pemerintah seperti Sekuriti Pemerintah Singapura untuk membangunkan pasaran pinjaman dan memenuhi keperluan pelaburan Tabung Simpanan Pekerja.

LTBA dan GSA masing-masing menyediakan had pinjaman berasingan sebanyak S$105 bilion bagi Bil Perbendaharaan dan S$960 bilion bagi sekuriti Pemerintah.

Pinjaman di bawah LTBA dan GSA tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan, menurut MOF.

CIRI-CIRI UTAMA RANG UNDANG-UNDANG

Di bawah Rang Undang-Undang itu, LTBA akan digabungkan ke dalam GSA.

Ia kemudian akan dinamakan sebagai Akta Sekuriti Pemerintah (Pasaran Hutang dan Pelaburan) bagi "menekankan bahawa hasil daripada pinjaman bukan untuk tujuan dibelanjakan", menurut MOF.

Had pinjaman di bawah LTBA dan GSA akan digabungkan untuk membentuk satu had pinjaman sebanyak S$1,065 bilion - iaitu tiada perubahan kepada had pinjaman sedia ada secara keseluruhan.

Pindaan itu akan dibuat menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Republik Singapura yang diperkenalkan oleh Kementerian Undang-Undang di sidang parlimen yang sama pada Isnin.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan