Rang pindaan benarkan juruukur tanah SG beroperasi di luar negara
Anggaran Waktu Membaca:

Flat HDB di Toa Payoh pada waktu malam. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Juruukur tanah yang berdaftar di Singapura boleh beroperasi di negara lain - seperti dalam ASEAN - menyusuli pindaan kepada satu rang undang-undang yang diluluskan.
Rang Undang-undang Juruukur Tanah (Pindaan) itu juga membenarkan juruukur tanah luar negara yang layak, bekerjasama dengan pemain tempatan dalam projek-projek Singapura.
Walaupun perubahan itu akan membuka peluang-peluang baharu, beberapa kebimbangan dibangkitkan mengenai sama ada juruukur tempatan akan terjejas.
"Sudahkah rakan sejawat ASEAN kita, mengumumkan rang undang-undang atau skim yang serupa dalam bidang kuasa mereka? Jika tidak, dengan menjadi yang pertama, adakah Singapura secara tidak sengaja akan merugikan juruukur tempatan kita?" ujar Encik Yip Hon Weng, AP Yio Chu Kang SMC.
"Kemungkinan juruukur berasaskan ASEAN dengan kos lebih rendah bersaing untuk pekerjaan di Singapura boleh memberi kesan negatif kepada mata pencarian karyawan tempatan kita," tambahnya.
Sementara itu, Menteri Negara Undang-Undang, Encik Murali Pillai berkata: "Juruukur asing berdaftar hanya akan dibenarkan beroperasi di Singapura dengan kerjasama juruukur tempatan didaftar.
"Tidak cukup untuk syarikat asing sahaja, syarikat berdaftar tempatan juga perlu memohon dan ini adalah perlindungan yang baik. Ini kerana dengan adanya juruukur tempatan, kami akan dapat memastikan bahawa khidmat berdaftar tempatan secara amnya akan meraih manfaat," jelasnya.

Sumber : CNA/QA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.