Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang pinda Akta Haiwan Liar dan Burung diusul di Parlimen

Satu rang undang-undang bagi meminda Akta Haiwan Liar dan Burung diusulkan di Parlimen pada Jumaat (4 Mac), dengan hukuman lebih berat bagi kesalahan memberi makan, melepaskan atau memerangkap dan membunuh hidupan liar.

Anggaran Waktu Membaca:
Rang pinda Akta Haiwan Liar dan Burung diusul di Parlimen
Diterbitkan : 06 Mar 2020 09:14PM Dikemas Kini : 06 Mar 2020 09:20PM

SINGAPURA: Satu rang undang-undang bagi meminda Akta Haiwan Liar dan Burung diusulkan di Parlimen pada Jumaat (4 Mac), dengan hukuman lebih berat bagi kesalahan memberi makan, melepaskan atau memerangkap dan membunuh hidupan liar.

Diusulkan oleh Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng, pindaan itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan hidupan liar supaya ekosistem sihat dapat dikekalkan dan keselamatan dan kesihatan awam pula, sentiasa terpelihara.

Pindaan tersebut adalah hasil kerja lebih dua tahun oleh Jawatankuasa Semakan Undang-Undang Haiwan Liar, kata Encik Ng.

Di bawah pindaan yang diusulkan, denda antara S$5,000 hingga S$10,000 boleh dikenakan ke atas pesalah yang memberi makan dan melepaskan hidupan liar yang tidak dilindungi tanpa mendapatkan keizinan yang sewajarnya.

Kegagalan mematuhi arahan ketua pengarah pengurusan hidupan liar Lembaga Taman Negara (NParks) berhubung langkah-langkah bagi pembinaan atau kerja-kerja yang ada kaitan dengan hidupan liar juga akan menjadi satu kesalahan, dengan denda S$50,000 dan/atau hukuman penjara enam bulan. Ini tertakluk kepada spesies yang tidak dilindungi.

Hukuman sedia ada untuk kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan haiwan juga akan dipertingkat.

Sesiapa yang membunuh, memerangkap, mengambil atau memelihara hidupan liar yang tidak dilindungi tanpa kebenaran boleh didenda S$10,000 dan/atau dipenjara enam bulan bagi kesalahan pertama berbanding denda sebanyak S$1,000 sekarang.

Pesalah berulang boleh didenda S$20,000 dan/atau dipenjara 12 bulan, manakala mereka yang menjadikan hidupan liar yang dilindungi sebagai sasaran mereka boleh didenda S$50,000 dan/atau dipenjara dua tahun.

Senapang spring dan tawaran untuk menjualnya, menjual, mengeksport atau mengimport hidupan liar tanpa izin juga akan dikenakan denda dan hukuman penjara yang lebih berat.

Rang undang-undang itu adalah hasil "pengumpulan maklum balas awam yang meluas" sejak dua tahun yang lalu, termasuk konsultasi secara peribadi dan online. Maklum balas online mendapat lebih 1,000 respons.

Maklum balas serupa juga diadakan bersama dengan syarikat-syarikat pengurusan haiwan perosak, pemimpin-pemimpin agama dan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pembangunan Negara.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan