Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang baharu dibentang beri pekerja platform suara dalam isu gaji, kebajikan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2024 07:22PM Dikemas Kini : 06 Aug 2024 08:55PM
SINGAPURA: Para pemandu teksi dan pekerja penghantaran yang menggunakan platform seperti Grab dan Foodpanda boleh mendapat lebih banyak kuasa tawar menawar dalam isu-isu seperti gaji dan kebajikan mereka.

Ini jika rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa (6 Ogos) menjadi kenyataan.

Ia antara lain memberi persatuan-persatuan yang mewakili golongan pekerja sedemikian, keupayaan untuk melindungi para pekerja dalam pertikaian dengan majikan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan, rang undang-undang tersebut merangkumi langkah-langkah menyokong keperluan perumahan dan persaraan golongan pekerja tersebut.

Ini termasuk pampasan kemalangan di tempat kerja dan rangka kerja bagi perwakilan undang-undang.

NTUC menyambut baik rang undang-undang itu.

Sekiranya diluluskan, persatuan yang mewakili pekerja boleh berunding secara kolektif bagi pihak pekerja platform, serupa dengan cara kesatuan sekerja melakukannya.

Buat masa ini, para pekerja platform tidak diiktiraf sebagai pekerja syarikat dan tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja.
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan