Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rancangan tambah laluan berbasikal di S'pura mungkin dipercepatkan beberapa tahun: Lam Pin Min

Rancangan menambah laluan berbasikal di negara ini mungkin dipercepatkan beberapa tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Dec 2019 09:09PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 09:16PM

SINGAPURA: Rancangan menambah laluan berbasikal di negara ini mungkin dipercepatkan beberapa tahun.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Lam Pin Min berkata, pihaknya akan meninjau kemungkinan itu dengan mengambil kira pengharaman Alat Mobiliti Peribadi (PMD) seperti e-skuter daripada laluan pejalan kaki.

PMD kini hanya boleh digunakan di laluan berbasikal.

Ang Mo Kio adalah antara bandar pertama yang menggalak kegiatan berjalan dan berbasikal.

Sejak tiga tahun lalu para penduduknya menikmati laluan berbasikal sepanjang 4 kilometer.

Menjelang tahun 2022 pula rangkaian berbasikal di kawasan itu akan ditambah lima kali ganda.

Prasarana mobilit aktif yang sedang diuji di sana, termasuk ciri-ciri mesra berbasikal dekat perhentian bas dan tanda merah terang bagi laluan basikal.

Untuk menggalakkan lebih ramai penduduk berjalan dan berbasikal, Ang Mo Kio kini ada tanjakan menolak basikal, lebih banyak kawasan menyeberang dan Sistem Paparan Mobiliti Aktif.

Ciri-ciri tersebut akan juga ditawarkan di bandar-bandar lain.

Namun Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menjalankan tinjauan bagi mengatasi sebarang halangan fizikal.

Ini akan dilakukan dengan kerjasama para pemimpin akar umbi dari pelbagai majlis bandaran dan agensi.

NParks dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan meninjau cara-cara memaksimumkan ruang yang ada.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Lam Pin Min berkata, pihaknya akan meninjau kemungkinan mempercepat pembinaan laluan berbasikal, kepada beberapa tahun lagi.

Sasaran sekarang adalah menambah laluan berbasikal daripada 440 kilometer kepada 750 kilometer menjelang tahun 2025.

Menurut Dr Lam, ini menyusuli pengharaman e-skuter di laluan pejalan kaki berkuatkuasa 5 November lalu. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan