Rancangan merubah Orchard Road dilakar
Rancangan-rancangan bagi merubah Orchard Road supaya menjadi daya tarikan yang bukan sekadar tempat beli-belah sedang dilakarkan, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat hari ini (17 Okt).

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Rancangan-rancangan bagi merubah Orchard Road supaya menjadi daya tarikan yang bukan sekadar tempat beli-belah sedang dilakarkan, kata Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat hari ini (17 Okt).
Pelan-pelan mungkin akan merangkumi usaha menjadikan Orchard Road sebagai daerah inovasi, di mana syarikat-syarikat pemula dan para usahawan sosial boleh memanfaatkan kawasan itu sebaga "tapak uji" untuk mencuba konsep-konsep perniagaan baru, logistik bandar dan kemampanan sekitaran.
Ia juga mungkin akan dijadikan "kawasan hijau di tengah bandar" atau taman bagi para pengunjung, kata Encik Chee di majlis pembukaan ITB Asia 2018, di mana beliau membentangkan strategi-strategi pelancongan Singapura.
"Orchard Road boleh menawarkan lebih banyak dari itu, menjadi satu taman di tengah bandar," kata Encik Chee.
"Ia mampu menawarkan lebih daripada sekadar pusat beli-belah di mana akan ada kegiatan-kegiatan menarik dan daya tarikan unik bagi para pengunjung, pelancong mahupun rakyat tempatan," tambahnya.
Rancangan-rancangan bagi kawasan ini sedang dilakarkan bersama pelbagai agensi pemerintah, peniaga dan pemain industri.
"Apabila rancangan-rancangan ini sudah dimuktamadkan, kami akan membentangkannya dengan butiran lebih terperinci di samping mempelawa maklum balas dari pihak-pihak berkepentingan," kata Encik Chee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.