Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rancangan jangka panjang diusahakan bagi bangunkan semula Kaki Bukit & kawasan sekelilingnya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2023 07:01PM Dikemas Kini : 19 Mar 2023 10:33PM
SINGAPURA: Rancangan-rancangan jangka panjang sedang diusahakan untuk membangunkan semula Kaki Bukit dan kawasan sekelilingnya menjadi kediaman lebih baik bagi semua.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata apabila pangkalan udara Paya Lebar berpindah pada tahun 2030-an, ia akan memberi peluang untuk menggunakan kawasan tanah dengan lebih baik serta membangunkan lebih banyak kemudahan untuk para penduduk.

Kaki Bukit, yang dibangunkan dalam tahun-tahun 1980-an telah menjalani beberapa peningkatan sejak beberapa tahun yang lalu.

Ini termasuk balai rakyat yang dinaik taraf dan akan dibuka sepenuhnya lewat tahun ini.

"Melalui semua itu, apa yang tidak boleh berubah, tidak akan berubah adalah semangat kemasyarakatan yang kukuh semua penduduk dari kampung-kampung. Dan kita melihat ini dalam ramai penduduk yang berada di sini hari ini untuk meraikan acara ini. Kaki Bukit mungkin sebuah kawasan undi yang kecil tetapi anda berjiwa besar. Dan ia mesti diteruskan di Kaki Bukit untuk tahun-tahun mendatang," ujar Encik Wong.

Encik Wong berkata demikian di acara sambutan ulang tahun ke-40 kawasan undi itu.

Sempena acara itu, sebuah buku juga dilancarkan bagi memperingati sejarah dan pengalaman di Kaki Bukit.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan