Skip to main content

Singapura

Rancangan bagi estet baharu Bayshore di East Coast diumumkan, 2 BTO pertama pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Rancangan bagi estet baharu Bayshore di East Coast diumumkan, 2 BTO pertama pada 2024

Gambar: HDB

Diterbitkan : 16 Oct 2023 08:06PM Dikemas Kini : 17 Oct 2023 12:01AM
SINGAPURA: Rancangan bagi estet baharu Bayshore diumumkan, yang menjanjikan perumahan di pesisiran pantai.

Sekitar 10,000 rumah baharu akan dibina di kawasan seluas 60 hektar di East Coast itu.

Terletak di bahagian utara Taman East Coast, ia akan mempunyai campuran rumah awam dan privet, dengan 70 peratus daripadanya diperuntukkan bagi perumahan awam.

Dua projek BTO pertama dijadual dilancarkan seawal tahun depan, terdiri daripada 1,400 unit flat fleksi dua bilik hingga flat empat bilik.

Dua stesen MRT iaitu Bedok South dan Bayshore akan dibina untuk memudahkan akses ke kawasan itu.

Beberapa tapak komersil juga ditawarkan bagi estet yang kurang menggunakan pengangkutan privet atau 'car-lite' itu selain lorong khas bagi bas, basikal dan pejalan kaki.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita