Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ramalan pertumbuhan 2019 mungkin perlu dikaji semula: Heng Swee Keat

Singapura mungkin perlu mengkaji semula ramalan pertumbuhan ekonominya bagi tahun depan sedang ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia meningkatkan ketidaktentuan dan menjejas pelaburan perniagaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ramalan pertumbuhan 2019 mungkin perlu dikaji semula: Heng Swee Keat
Diterbitkan : 06 Nov 2018 11:44AM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 11:48AM

SINGAPURA: Singapura mungkin perlu mengkaji semula ramalan pertumbuhan ekonominya bagi tahun depan sedang ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia meningkatkan ketidaktentuan dan menjejas pelaburan perniagaan. Demikian menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

"Dalam jangka pendek, kesannya mungkin belum dirasai," kata Encik Heng dalam satu wawancara pada Jumaat (2 Nov) dengan Bloomberg. Ini, sedang Singapura mengekalkan kadar pertumbuhan tahun ini antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.

Encik Heng berkata demikian menjelang minggu Forum Ekonomi baru Bloomberg di Singapura, di mana para penggubal dasar dan eksekutif perniagaan akan berhimpun untuk berbincang tentang perubahan di dunia, sedang pengaruh ekonomi beralih dari Barat ke Timur.

Di Asia Tenggara, negara-negara sedang bergelut dengan cabaran ekonomi: perang cukai antara Amerika Syarikat dengan China yang membawa taruhan tinggi, dasar kewangan global yang semakin ketat, mata wang yang semakin kukuh dan risiko aliran keluar modal.

Singapura, sebuah hab dagangan yang menerima manfaat daripada aliran dagangan dan pemindahan barangan antara pusat pengilangan rantau itu, Amerika Syarikat dan Eropah, sudah menyaksikan jumlah eksport semakin berkurangan tahun ini.

MASA DEPAN YANG TIDAK MENENTU

Ditanya sekiranya Singapura mungkin perlu menilai semula ramalan-ramalan yang bakal diumumkan bagi 2019 Encik Heng berkata: "Sudah tentu," sambil merujuk kepada ramalan global yang diturunkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Agensi-agensi ekonomi dan bank pusat bekerjasama rapat dengan perniagaan-perniagaan dan sedang meninjau sekiranya unjuran-unjuran tersebut perlu "diubah atau dinilai semula," katanya.

Meskipun kadar pertumbuhan 2018 diramalkan dalam kadar ramalan, "bagi tahun depan, ia bergantung kepada bagaimana keadaan terus berkembang dalam tempoh beberapa bulan ke depan kerana banyak keputusan pelaburan yang terlibat akan terjejas.

Menjangkaui 2019, peperangan dagangan yang berterusan akan menjejas rangkaian bekalan global dengan teruk, sekaligus mengakibatkan cabaran-cabaran pertumbuhan jangka panjang bagi negara-negara. Ini kerana "batas penghasilan global" berkurangan, kata Encik Heng. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan