Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ramai pesakit salah anggap demam gejala utama COVID-19: Pakar

Pelanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 hingga ke 1 Jun adalah perlu bagi mengurangkan jangkitannya dalam masyarakat. Ini kerana virus COVID-19 boleh merebak walaupun seorang pesakit belum menunjukkan gejala.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelanjutan tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 hingga ke 1 Jun adalah perlu bagi mengurangkan jangkitannya dalam masyarakat.

Ini kerana virus COVID-19 boleh merebak walaupun seorang pesakit belum menunjukkan gejala.

Demikian ditekankan Konsultan Kanan dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Madya Lim Poh Lian.

TEMPOH PENGERAMAN BAGI PUTUSKAN JANGKITAN

"Sebenarnya kita telah melalui banyak tempoh pengeraman sejak kes pertama COVID-19 bulan Januari kita telah mendapat banyak kes import bukan sahaja daripada China, tetapi malahan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan Indonesia," kongsi beliau.

Tempoh pengeraman atau inkubasi adalah tempoh antara pendedahan kepada virus dengan simptom pertama penyakit.

Bagi virus COVID-19, tempoh inkubasinya adalah selama 14 hari.

Profesor Lim berpendapat tempoh pemutus jangkitan perlu diulang secara berturut-turut bagi membendung penyebaran secara meluas.

"Kelompok kes COVID-19 yang terbesar selama ini adalah lingkungan puluhan seperti kelompok kes yang dikaitkan dengan Safra Jurong dan juga gereja-gereja, namun seorang COVID-19 positif boleh menjangkiti 2-3 orang rata-rata," tambah beliau.

ELAK SILANG PENULARAN

Kemungkinan berlakunya silang penularan atau "cross infection" dengan kelompok besar seperti kes jangkitan pekerja asing, juga merupakan sebab perubatan utama.

Kebanyakan kes positif COVID-19 di sini melibatkan para pemegang pas kerja yang tinggal di dormitori.

Golongan ini membentuk sekitar 83 peratus daripada 13,624 kes di Singapura sejauh ini.

"Sudah tentu sekali jangkitan boleh berlaku antara pekerja asing dan masyarakat umum, manusia sudah serasi berintegrasi dengan berbilang ahli masyarakat-masyarakat harian kita, kegiatan seperti makan, kerja, membeli belah dan beribadat.

"Walaupun keupayaan hospital boleh diperkembangkan dan cukup untuk menangani peningkatan mendadak ini untuk kes-kes positif bilangan penularan perlu dikurangkan agar ia tidak menggugat sistem penjagaan kesihatan," tekannya.

TANGKIS SALAH TANGGAPAN

Jumlah kes COVID-19 di kalangan penduduk mencapai serendah dua atau satu angka sejak beberapa hari lalu.

Sungguhpun begitu, Profesor Lim menekankan tempoh pemutus jangkitan yang kini telah dilanjutkan dari 4 Mei ke 1 Jun amat penting.

Tambahan lagi katanya, kajian menunjukkan 5 hingga 10 peratus daripada kes COVID-19 boleh berkembang menjadi tenat dan memerlukan rawatan rapi (ICU).

Selaku seorang pakar yang bertemu dengan ramai pesakit COVID-19 setiap hari, Profesor Lim juga menasihatkan orang ramai agar peka tentang simptom-simptom virus COVID-19.

Katanya, para pesakit seringkali mempunyai tanggapan yang salah bahawa simptom utamanya adalah demam panas.

"Ramai orang menyangka simptom pertama adalah demam, simptom ini betul bagi SARS. Tetapi bukan untuk COVID-19 walaupun tidak ada demam, seorang pesakit COVID-19 boleh mempunyai simptom-simptom lain seperti batuk kering, sakit tekak, dengan kehilangan deria bau," kongsinya lagi.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan