Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ramai penduduk S'pura masih sokong hukuman mati, kata Shanmugam

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2022 08:37PM Dikemas Kini : 03 Mar 2022 09:41PM

SINGAPURA: Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, berkata hukuman mati di Singapura merupakan faktor pencegahan utama bagi menghalang pengedar dadah membawa masuk bahan itu dalam jumlah yang besar ke Singapura.

Encik K Shanmugam juga berkata para penduduk tempatan menyokong penggunaan hukuman mati dan bersetuju ia dapat membantu mencegah jenayah-jenayah serius.

Beliau berkata demikian semasa Parlimen membahaskan peruntukan belanjawan bagi Kementerian Ehwal Dalam Negeri pada Khamis (3 Mac).

Encik Shanmugam berkongsi dapatan kajian yang dilakukan MHA.

Kajian itu melibatkan para penduduk di rantau ini di mana kebanyakan pengedar dadah ditangkap di Singapura.

Seramai 82 peratus responden percaya hukuman mati mencegah seseorang daripada melakukan jenayah serius di Singapura.

Sementara itu, 83 peratus responden juga percaya hukuman tersebut mencegah seseorang daripada menyeludup jumlah dadah yang besar ke Singapura.

Di Singapura sendiri, ramai penduduknya juga menyokong hukuman mati.

Dapatan awal satu lagi tinjauan menunjukkan 66 peratus responden berpendapat hukuman mati adalah setimpal bagi kesalahan mengedar dadah.

Menteri itu turut menarik perhatian bagaimana para penagih dan anak-anak mereka terjejas teruk di negara-negara yang mengamalkan pendirian lebih lembut terhadap kesalahan berkaitan dadah.

Namun begitu, Encik Shanmugam berkata selain hukuman mati, sistem keadilan negara turut menyediakan proses pemulihan dan pencegahan kepada para pesalah dadah.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan