Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ramai pekerja sosial alami gejala gelisah di tengah pandemik: Kajian SUSS

Satu tinjauan ke atas para pekerja sosial mendapati lebih separuh daripada mereka mengalami gejala keresahan atau 'anxiety' semasa keadaan pandemik sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai pekerja sosial alami gejala gelisah di tengah pandemik: Kajian SUSS

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 09:13PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 09:26PM

SINGAPURA: Satu tinjauan ke atas para pekerja sosial mendapati lebih separuh daripada mereka mengalami gejala keresahan atau 'anxiety' semasa keadaan pandemik sekarang.

Para pengkaji di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang melakukan tinjauan itu menggesa agensi-agensi khidmat sosial supaya mengukuhkan daya tahan tenaga kerja mereka serta meningkatkan sistem sokongan.

Pusat Khidmat Keluarga (FSC) Ang Mo Kio menguruskan lebih 130 kes mengenai isu-isu peribadi dan keluarga.

Semasa pandemik sekarang kes seperti keganasan keluarga, penderaan kanak-kanak serta gejala sakit mental melonjak.

Memandangkan lebih ramai orang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah mereka tenaga kerja di FSC itu cepat berasa lelah serta mengalami gejala keresahan.

Keadaan serupa juga dialami di seluruh sektor khidmat sosial.

Daripada 300 pekerja sosial yang dilibatkan dalam kajian SUSS, kira-kira 40 peratus daripada mereka berasa tertekan apabila melakukan tugas harian.

Mereka yang bertugas di Pusat Khidmat Keluarga mengalami tahap kemurungan lebih tinggi.

Bagi skala antara sifar hingga 42, mereka berada di tahap 11.3.

Ia lebih tinggi berbanding 7.8 bagi rakan sejawat di agensi lain seperti mereka yang berhubung dengan golongan kurang upaya.

Pekerja sosial yang baru bertugas juga lebih cenderung mengalami keresahan.

Mereka yang berkhidmat di bawah tiga tahun mencatat angka 11.4 berbanding 8.2 bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih enam tahun.

Walaupun keadaan COVID-19 kini semakin reda, para pengkaji SUSS yakin lebih banyak dapat dilakukan bagi membantu golongan pekerja sosial. 

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan