Skip to main content

Singapura

Rakyat Thai di S'pura tidak lepaskan peluang mengundi

Rakyat Thailand di Singapura mengundi hari ini (10 Mac) bagi pilihan raya yang pertama kali diadakan sejak berlakunya rampasan kuasa tentera pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Mar 2019 07:51PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 09:57PM

SINGAPURA: Rakyat Thailand di Singapura mengundi hari ini (10 Mac) bagi pilihan raya yang pertama kali diadakan sejak berlakunya rampasan kuasa tentera pada 2014.

Hampir 120,000 rakyat Thai mendaftar untuk mengundi di 67 negara merata dunia. Rakyat Thai yang berada di luar negara dibenarkan mengundi sejak Khamis (7 Mac).

Pengundian dibuka di Singapura dari 9 Mac selama dua hari. Menurut Suruhanjaya Pilihan raya Thai, hampir 5,000 pengundi Thai layak mengundi di sini. Singapura dalam kalangan 10 negara dengan bilangan tertinggi rakyat Thai yang mendaftar untuk mengundi di luar negara.

Sejauh ini, pengundian berjalan lancar dan ramai rakyat Thai berharap pilihan raya ini akan memulihkan kemantapan di negara yang berpecah akibat perbezaan politik.

Dalam pada itu, Parti Thai Raksa Chart menggesa para pengundi supaya memilih parti-parti prodemokrasi dalam pilihan raya akan datang.

Ini menyusuli pembubaran parti tersebut oleh Mahkamah Perlembagaan awal minggu ini atas perbuatan yang dianggap menentang sistem raja perlembagaan.

Para hakim berkata, Parti Thai Raksa Chart melanggar undang-undang setelah ia mencuba untuk menamakan saudara perempuan Raja Thailand, Puteri Ubolratana sebagai calon perdana menteri parti itu.

Lembaga eksekutif parti itu kini diharamkan daripada terlibat dalam kegiatan politik selama 10 tahun. Hampir kesemua 300 calon parti digugurkan daripada senarai calon pilihan raya yang bakal berlangsung 24 Mac ini. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita