Rakyat tentukan sendiri bagaimana model CMIO berkembang pada masa depan: David Neo
Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia David Neo berkata model kaum Cina-Melayu-India-Lain atau CMIO sudah memberi manfaat kepada Singapura, malah juga berguna dalam memacu usaha penyepaduan.
Persidangan HarmonyWorks! anjuran OnePeople.sg berlangsung pada 12 Julai 2025. (Gambar: Mediacorp)
Bercakap di Persidangan HarmonyWorks! anjuran OnePeople.sg pada Sabtu (12 Jul), beliau menambah, bagaimana peralatan pentadbiran itu mungkin berkembang pada masa depan, adalah sesuatu yang perlu diputuskan rakyat Singapura sendiri.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan tentang bagaimana model itu mungkin berubah dengan adanya lebih ramai warga baharu, dan di tengah-tengah bertambahnya perkahwinan antara kaum.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.