Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura mesti bersatu tempuh cabaran sejagat, gesa Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob menggesa rakyat Singapura supaya sentiasa bersatu padu di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Aug 2022 07:23PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 09:22PM
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menggesa rakyat Singapura supaya sentiasa bersatu padu di tengah-tengah keadaan sejagat yang tidak menentu sekarang.

Ini termasuk perang di Ukraine dan kos sara hidup yang kian meningkat.

Puan Halimah berkata Singapura masih belum bebas daripada cabaran meskipun sedang keadaan kembali seperti biasa menyusuli pandemik COVID-19.

Dalam ucapannya sempena Hari Kebangsaan, yang dimuat naik ke laman Facebook hari ini (7 Ogos), Puan Halimah berkata rakyat Singapura mesti berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya perbezaan antara kaum dan ketidaksamarataan sosial.

Puan Halimah turut mengingatkan bahawa masih ada cabaran-cabaran lain pada masa depan.

"Kita tidak boleh mengabaikan komitmen jangka panjang, seperti penuaan dan perubahan iklim, yang memerlukan perancangan serta pelaksanaan teliti. Tiada perkara yang boleh menghalang kita jika kita bekerjasama dan kekal bersatu padu," ungkapnya.

"Lebih Kukuh Bersama, Majulah! Selamat Hari Kebangsaan!," ucap Puan Halimah.
Sumber : CNA/ZM/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa