Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura 'lihat dan tunggu dulu' sebelum putuskan isi minyak kereta di Johor

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura 'lihat dan tunggu dulu' sebelum putuskan isi minyak kereta di Johor

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 03 Apr 2022 08:44PM Dikemas Kini : 03 Apr 2022 08:55PM

SINGAPURA: Lebih 30 kenderaan diarah berpatah balik dari pusat-pusat pemeriksaan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada dua hari pertama laluan darat Singapura-Malaysia dibuka semula.

Ini kerana kenderaan-kenderaan berdaftar di Singapura itu ada kurang daripada tiga suku minyak sebelum menuju ke Malaysia.

Namun tinjauan Mediacorp mendapati bahawa mereka yang melanggar peraturan itu membentuk daripada golongan minoriti.

Stesen minyak di Marsiling secara lazimnya merupakan perhentian terakhir bagi para pemandu yang perlu mengisi minyak untuk mematuhi syarat tiga suku tangki sebelum merentasi Koswe.

Keadaan pada hari minggu kelihatan lengang tetapi ia bukan sesuatu yang biasa.

Menurut para pelanggan yang ditemui Mediacorp, ramai rakyat Malaysia datang ke sini untuk mengisi minyak.

Namun, kebanyakan daripada mereka sudah pulang ke tanah air sejak pembukaan semula Koswe.

Hampir kesemua pemandu yang ditemui tidak akan ke seberang tambak.

Rakyat Singapura di sini rata-rata mengambil pendekatan lihat dan tunggu dulu.

Mereka prihatin dengan proses yang perlu dijalani, seperti penggunaan Autopass, aplikasi MySejahtera di Malaysia dan Kad Ketibaan untuk kembali ke Singapura.

Sebilangan rakyat Malaysia memberitahu Mediacorp, mereka masih menunggu Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk diluluskan.

Ini bagi membenarkan mereka untuk kembali ke Singapura menaiki kenderaan masing-masing yang berdaftar di Malaysia.

Awal minggu ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa ia perlu masa lebih lama untuk memproses permohonan tersebut.

Dengan harga minyak semakin naik, para pemandu mengatakan membeli petrol di Malaysia dilihat sebagai lebih baik.

Namun mereka tidak mungkin khusus ke Malaysia untuk mengisi tangki minyak kereta.

Lebih 9,000 kereta meninggalkan Singapura pada hari pertama sempadan darat dengan Malaysia dibuka semula.

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan