Skip to main content

Singapura

Rakyat S'pura dinasihati tangguh perjalanan tidak penting ke Sri Lanka: MFA

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura dinasihati tangguh perjalanan tidak penting ke Sri Lanka: MFA

Para penunjuk perasaan di Sri Lanka membanjiri pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa selepas menyerbu kediamannya. (Gambar: AFP)

SINGAPURA:Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (10 Jul) menasihatkan warga Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Sri Lanka, sehari selepas penunjuk perasaan menyerbu istana presiden dan memaksa Presiden Gotabaya Rajapaksa mengumumkan mengumumkan peletakan jawatannya.

"Warga Singapura yang berada di Sri Lanka dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka," kata MFA.

"Mereka harus mengelakkan tempat-tempat awam yang mempunyai tunjuk perasaan dan perhimpunan orang yang ramai. Mereka juga harus memantau berita dan mematuhi arahan penguasa tempatan."

Ribuan rakyat Sri Lanka berkumpul di ibu kota Colombo sejak Jumaat (8 Jul) untuk menuntut pemerintah bertanggungjawab kerana didakwa terbabit dalam salah urus kewangan negara yang turut menyebabkan kekurangan teruk makanan dan bahan api.

Mereka menyerbu rumah dan pejabat Rajapaksa selain kediaman rasmi perdana menteri pada Sabtu ekoran kecewa kerana negara itu berdepan krisis ekonomi terburuk sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rajapaksa akan meletakkan jawatan pada 13 Julai, manakala Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe juga berkata beliau bersedia berundur untuk membolehkan pemerintah sementara semua parti mengambil alih, menurut speaker parlimen.
 
MFA juga menasihatkan
warga Singapura yang dalam perjalanan ke Sri Lanka atau berada di sana supaya membeli "insurans perjalanan yang menyeluruh, serta memahami syarat dan perlindungannya."
Mereka juga digalakkan untuk e-daftar dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg/ jika mereka belum berbuat demikian.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Singapura di Colombo atau Pejabat Tugas MFA (24 jam).

Konsulat Jeneral Singapura
Nombor telefon: +94-11-5577300, +94-11-2304444, +94-11-5577111 atau
e-mel: nawaloka [at] slt.lk

Pejabat Tugas MFA (24 jam)
Nombor telefon: +65 6379-8800 / 8855 atau e-mel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita