Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura digalak gantung bendera negara hingga Sep sempena sambutan Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura digalak gantung bendera negara hingga Sep sempena sambutan Hari Kebangsaan

(Gambar: Jeremy Long/CNA)

Diterbitkan : 30 Jun 2022 01:47PM Dikemas Kini : 30 Jun 2022 01:48PM

SINGAPURA: Sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-57, rakyat Singapura digalakkan untuk menggantung bendera negara mulai Jumaat (1 Jul) hingga akhir September. 

Semua pertubuhan dan keluarga boleh menggantung bendera negara di pejabat serta premis bangunan masing-masing, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dalam satu kenyataan pada Khamis (30 Jun). 

Premis kediaman juga boleh mengibarkan bendera negara tanpa tiang bendera dan pencahayaan pada waktu malam. 

MCCY memberi peringatan bahawa bendera negara, sebagai satu lambang kebangsaan, harus dihormati dan digunakan dengan cara yang sesuai serta bermaruah.

"Bendera yang sudah koyak atau lapuk tidak sepatutnya digantung dan harus dibungkuskan ke dalam beg sampah hitam sebelum dibuang," tambah MCCY. 

Garis panduan mengenai perbuatan menggantung dan menggunakan bendera negara boleh didapati di sini.

MCCY juga meminta maklum balas masyarakat awam mengenai Peraturan Lambang Negara baru yang disarankan. Ia akan menggantikan Akta Lambang, Bendera dan Lagu Kebangsaan Singapura (SAFNA). 

"Saranan tersebut termasuk memberikan lebih banyak kelonggaran untuk menggantung bendera negara dengan lebih bebas bagi meraikan dan mengaitkan diri dengan negara ini," menurut MCCY. 

Orang awam yang ingin memberikan maklum balas mereka boleh berbuat sedemikian sebelum 8 Julai, melalui pautan ini.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan