Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura diajak sumbang tenaga dalam kempen '22 Days of Doing Good'

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Aug 2022 06:51PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 09:24PM

SINGAPURA: Menyambut ulang tahun negara dengan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Rakyat Singapura digalakkan agar menyumbang tenaga sukarela menjelang Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini.

Mereka boleh memilih antara peluang-peluang yang disediakan atau membantu dalam cara tersendiri di bawah kempen '22 Days of Doing Good' yang berakhir pada Sabtu (6 Ogos). 

Terdapat sukarelawan yang menyingsing lengan dalam usaha menjadikan bandar hijau.

"Tanaman pokok-pokok tempatan menyediakan habitat dan makanan bagi hidupan liar tempatan, dan hari menanam pokok di Pulau Ubin hari ini, iaitu salah satu tapak pemuliharaan, adalah sebahagian usaha penghutanan semula," kata Pengurus Kanan bagi Projek Kemasyarakatan Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Naufal Khan. 

57 batang pokok ditanam bagi memperingati ulang tahun negara ke-57.

Meski membanting tulang di bawah terik matahari, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Terdapat sukarelawan yang menyumbang tenaga untuk membantu warga tua mengatasi rasa kesepian.  

Menurut Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), para sukarelawan lebih cenderung menyumbang lagi jika mereka sedar akan kesannya. 

Ia juga mengesyorkan lebih banyak peluang sukarela diwujudkan secara maya.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan