Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura di hospital Jeddah selamat dibawa pulang berkat sumbangan awam

Wanita rakyat Singapura yang dimasukkan ke hospital Jeddah selepas menunaikan umrah baru-baru ini, kini sudah selamat diterbangkan ke Singapura melalui Pemindahan Perubatan (Medical Evacuation).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura di hospital Jeddah selamat dibawa pulang berkat sumbangan awam

Cik Rosanah Sahar selamat diterbangkan ke Singapura melalui Pemindahan Perubatan. (Gambar: Fathir Fauzan/BERITAmediacorp)

BERITAmediacorp: Wanita rakyat Singapura yang dimasukkan ke hospital Jeddah selepas menunaikan umrah baru-baru ini, kini sudah selamat diterbangkan ke Singapura melalui Pemindahan Perubatan (Medical Evacuation).

Wanita berkenaan, Cik Rosanah Sahar, kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan kini sedang dipantau dan dirawat di hospital tersebut.

Demikian didedahkan anak Cik Rosanah, Encik Fathir Fauzan, menerusi catatannya di laman Facebook pada Isnin (13 Jun).

Encik Fathir, adik perempuannya dan ibu mereka selamat tiba di Singapura pada Ahad malam (12 Jun).

mediacal evacuation
(Gambar: Fathir Fauzan/Facebook)

Cik Rosanah juga menjalani pemindahan platelet sejurus selepas beliau dimasukkan ke wad SGH, menurut Encik Fathir.

"Mereka masih memantau keadaannya dan beliau menjalani imbasan CT pada Isnin (13 Jun) dan Selasa (14 Jun) bagi memeriksa keadaan 'subdural haemorrhage' (sejenis pendarahan di mana terdapat kumpulan darah di luar otak) dan tubuhnya bagi sebarang noda berkaitan barah limfoma yang dihadapinya," tulis Encik Fathir.

Sebelum ini, di Kompleks Perubatan Raja Abdullah di Jeddah, Cik Rosanah menjalani intubasi, pemindahan platelet, pemindahan darah, pemindahan potasium dan perubatan bagi kesakitan di kepala.

ORANG RAMAI BANTU BIAYAI LEBIH $40,000

Menurut Encik Fathir, insurans Cik Rosanah juga hanya dapat menanggung jumlah tertentu, manakala baki S$40,450 pula perlu dibayar secara tunai.

Mujur jumlah yang diraih melalui pengumpulan dana yang diadakan sebelum ini berupaya membiayai kos tersebut

"Kami berasa amat berterima kasih atas segala sumbangan dan doa daripada setiap daripada anda.

receipt
(Gambar:Fathir Fauzan/Facebook)

"Alhamdulillah berkat sumbangan anda, kami dapat mendapatkan bantuan daripada EMA Global bagi membuat aturan Pemindahan Perubatan itu," jelas beliau.

HARGAI BANTUAN PELBAGAI PIHAK

Encik Fathir juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaannya kepada pelbagai pihak yang menyokong dan membantu ibunya sejak dua minggu lalu.

Ini termasuk EMA Global Singapore yang mengurus dan mengatur pemindahan perubatan di Jeddah dan Singapura, pegawai insurans NTUC Income, pegawai umrah syarikat Tarbiah Projects yang menemani Cik Rosanah di Jeddah serta konsulat-konsulat Kementerian Ehwal Luar Singapura-Jeddah.

"(Terima kasih kepada) keluarga dan rakan-rakan atas doa dan dorongan yang tidak putus-putus, yang membantu kami dalam masa-masa sukar ini.

"Kami tidak mungkin dapat melakukan semua ini tanpa setiap daripada anda. Terima kasih banyak-banyak.

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa kami menghargai dan berterima kasih kepada anda," luah Encik Fathir.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan