Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura dinasihati tinggalkan Ukraine secepat mungkin: MFA

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura di Ukraine supaya meninggalkan negara Eropah itu secepat mungkin.

"Keadaan semakin tegang di Ukraine dan kawasan sekitarnya," kata MFA dalam satu kenyataan pada Ahad (13 Feb).

"Memandangkan keadaan sekarang, rakyat Singapura di Ukraine dinasihati agar meninggalkan negara itu secepat mungkin menerusi cara komersil selagi masih boleh berbuat."

Singapura tidak mempunyai misi diplomatik di Ukraine.

Lantaran itu, "tiada jaminan"MFA dapat membantu rakyat Singapura di Ukraine untuk meninggalkan negara berkenaan  sekiranya konflik meletus, tambahnya.

Rakyat Singapura yang masih berada di Ukraine diminta segera mendaftar dengan MFA, jika belum melakukannya.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Bertugas MFA yang berkhidmat sepanjang masa di talian +65 6379 8800/8855.

Kebimbangan semakin meningkat kemungkinan Rusia akan menyerang Ukraine tidak lama lagi seperti yang didakwa pihak Barat.

Mosko menafikannya tetapi lebih 100,000 askar Rusia kini berhimpun berhampiran sempadan Ukraine. 

Seperti Singapura, beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat juga telah menggesa rakyat masing-masing di Ukraine supaya meninggalkan negara itu.

Syarikat KLM negeri Belanda pula menjadi yang pertama menggantung penerbangan ke Ukraine.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan