Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura didakwa atas pelibatan kes buang kimia di Pasir Gudang

Seorang rakyat Singapura dan dua warga Malaysia didakwa pada Ahad (24 Mac) kerana membuang bahan kimia secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, menurut media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2019 05:31PM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 10:42AM

JOHOR BAHRU: Seorang rakyat Singapura dan dua warga Malaysia didakwa pada Ahad (24 Mac) kerana membuang bahan kimia secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, menurut media tempatan.

Menurut laporan The Star Online, rakyat Singapura Wang Jin Chao, 34 tahun, dan warga Malaysia Yap Yoke Liang, 36 tahun, kedua-duanya pengarah sebuah syarikat memproses tayar terpakai, dituduh bersubahat dengan pemandu lori N Maridass, 35 tahun, yang dituduh membuang bahan kimia secara haram ke dalam Sungai Kim Kim pada 7 Mac.

Ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku bersalah apabila tuduhan-tuduhan itu dibacakan di depan Hakim Jailani Rahman, menurut laporan tersebut. Mereka bertiga dijangka akan berdepan dengan lebih banyak tuduhan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru di bawah Akta Mutu Alam Sekitar 1974, manakala Yap dan Wang turut didakwa di bawah Seksyen 42 bagi Akta yang sama.

Mereka akan dihukum di bawah Seksyen 34B(4) Akta tersebut.

Pencemaran toksik di Pasir Gudang sudah menjejas beribu-ribu orang di kawasan itu, sekaligus menyebabkan kes-kes keracunan.

Kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup menyusuli insiden itu dan akan dibuka semula pada 31 Mac.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan