Rakyat SG yang tidak layak mengundi dalam pilihan raya seterusnya akan dimaklumkan menerusi pos & Singpass
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail pusat mengundi di Singapura, menjelang Pilihan Raya Presiden pada 1 Sep 2023. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Rakyat Singapura yang tidak layak mengundi bagi pilihan raya akan datang, akan dimaklumkan secara perseorangan untuk mengesahkan status dan mengembalikan nama masing-masing ke dalam Daftar Pengundi.
Mereka akan dimaklumkan menerusi pos dan khidmat pesanan Notify Singpass, kata Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing dalam respons bertulisnya kepada parlimen pada Isnin (18 Sep).
Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Ng Ling Ling bertanya sekiranya Jabatan Pilihan Raya (ELD) boleh memaklumkan para pengundi lebih cepat daripada biasa, sekiranya nama mereka dikeluarkan daripada Daftar Pengundi.
Jika ini dapat dilakukan, tambah Cik Ng, golongan tersebut boleh mengesahkan sama ada mereka keluar mengundi semasa pilihan raya sebelumnya, lalu memohon supaya nama masing-masing dapat disenaraikan semula dalam Daftar Pengundi.
Cik Ng turut bertanya sekiranya ELD akan mempertimbangkan untuk menjalankan pemeriksaan audit rambang bagi memastikan bahawa nama-nama dalam daftar dikemas kini dengan tepat.
Di Singapura, mengundi dalam pilihan raya diwajibkan bagi semua yang layak. Rakyat Singapura yang namanya disenaraikan dalam daftar, harus membuat undian pada Hari Mengundi.
Mereka yang gagal berbuat demikian akan disenaraikan sebagai 'mereka yang tidak mengundi' dan dikecualikan daripada Daftar Pengundi selepas pilihan raya.
Kumpulan ini bagaimanapun boleh membuat permohonan supaya nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai agar mereka layak mengundi dalam pilihan raya akan datang.
Encik Chan berkata langkah memaklumkan para pengundi tidak layak secara perseorangan adalah di samping pemberitahuan ELD kepada orang ramai untuk memeriksa status masing-masing apabila senarai 'mereka yang tidak mengundi' diterbitkan buat pengesahan.
Sebahagian besar mereka yang tidak menjalankan kewajipan mengundi berbuat demikian atas sebab sakit atau tidak berada di Singapura pada Hari Pengundi, tambah Encik Chan.
Sekitar 32,000 pengundi memeriksa dan menyertakan semula nama masing-masing ke dalam daftar sepanjang tempoh antara Oktober 2020 hingga 11 Ogos 2023, ketika Writ Pilihan Raya dikeluarkan.
"Sama seperti latihan terdahulu, hanya segelintir sahaja yang memohon kepada ELD supaya mengembalikan nama mereka (ke dalam senarai) kerana rekod status mengundi semasa GE2020 tidak tepat," jelas Encik Chan. "Maka itu, ELD tidak mengesyaki ada perkara tidak tepat dalam rekod."
Antara tempoh writ dikeluarkan dengan Hari Mengundi pada 1 September lalu, 1,093 rakyat Singapura memaklumkan ELD bahawa mereka tidak menerima kad mengundi masing-masing walaupun telah melaksanakan kewajipan itu semasa Pilihan Raya Umum 2020.
Ini satu kenaikan berbanding kira-kira 200 individu yang melaporkan masalah seperti itu pada 24 Ogos.
"ELD sudah menyiasat perkara ini dan mendapati ia kemungkinan besar terjadi kerana butiran NRIC mereka yang terjejas tidak dirakam dengan betul oleh sistem pendaftaran elektronik, yang baru diperkenalkan semasa GE2020," kata Encik Chan.

ELD turut memohon maaf pada 24 Ogos selepas hampir 10,000 pengundi di GRC Tanjong Pagar mendapat dua kad mengundi disebabkan kesilapan pencetak.
Jabatan itu pada Isnin menyatakan pihaknya akan menjalankan langkah-langkah baharu agar kesilapan begini tidak berulang.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.