Rakyat SG salah tanggap peranan Presiden sebagai kuasa penentang terhadap pemerintah, kata pengamat politik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memegang kunci kedua kepada rizab negara dan memperjuangkan isu-isu sosial adalah antara peranan Presiden Singapura.
Namun, para pengamat politik berkata, satu tanggapan salah yang rakyat Singapura ada ialah seorang Presiden bertindak sebagai kuasa penentang terhadap pemerintah.
14 tahun lalu, Singapura menggunakan rizab negara buat pertama kalinya.
Presiden pada waktu itu, Encik S.R. Nathan, memberi kelulusan untuk mengeluarkan $4.9 bilion.
Ini sedang Singapura berada di tengah-tengah kemelesetan ekonomi yang paling buruk sejak merdeka.
Baru-baru ini, tercetus pula krisis COVID-19.
Presiden Halimah Yacob pula mengizinkan pemerintah untuk menggunakan $42.9 bilion sepanjang tempoh tiga tahun pandemik.
"Jumlah dana besar, yang mencecah sehingga puluhan bilion dolar diperlukan untuk melindungi pekerjaan dan penghidupan. Jadi orang ramai faham bahawa fungsi kunci kedua Presiden adalah untuk memastikan penggunaan rizab tidak menjejas keupayaan Singapura untuk mempunyai sumber fiskal yang mencukupi," ujar Profesor Madya Eugene Tan dari Sekolah Undang-Undang, SMU.
Selain itu, seorang Presiden juga memainkan peranan istiadat yang penting, seperti mengetuai Perbarisan Hari Kebangsaan serta menyambut para pembesar asing.
Peranan lain seorang Presiden termasuk melibatkan diri dalam masyarakat menerusi usaha amal.
Misalnya, Puan Halimah memperjuangkan kesaksamaan jantina, hak pekerja dan keharmonian silang agama.
"(Presiden itu) seorang yang berjiwa besar, yang mengambil berat tentang masyarakat, negara yang kita bina bersama. (Beliau juga) seorang yang kita rasa, boleh memberi inspirasi dan menggalak kita untuk perjuangkan isu-isu tertentu berkaitan masyarakat," ujar Encik Gillian Koh, Timbalan Pengarah (Penyelidik), Institut Pengajian Dasar, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Namun, oleh kerana presiden diundi rakyat, ini mungkin memberi gambaran bahawa seorang Presiden boleh mengimbangi kuasa Pemerintah.
"Satu tanggapan salah cukup besar adalah seorang Presiden berfungsi hampir seperti satu kuasa politik alternatif. Penting bagi rakyat Singapura lebih memahami apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan seorang Presiden, kerana Presiden tidak mempunyai kuasa tersebut dalam Perlembagaan," kata Prof Madya Eugene Tan.
Meskipun begitu, jawatan tersebut dapat membantu untuk mengekalkan kewibawaan Pemerintah.
Antaranya ialah kuasa veto dalam pelantikan jawatan kanan di perkhidmatan awam serta badan-badan penting negara yang lain.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.