Rakyat SG punyai lebih banyak wang belanja pada suku ketiga 2022: Jabatan Perangkaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jabatan Perangkaan menyatakan, rakyat Singapura mempunyai lebih banyak wang perbelanjaan pada suku ketiga tahun ini.
Menurut jabatan itu, pendapatan yang boleh digunakan rakyat Singapura naik hampir 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ini ekoran gaji lebih tinggi serta suntikan S$100 tunai yang diberikan pemerintah bagi membantu rakyat menangani inflasi.
Para penduduk juga didapati berbelanja 17 peratus lebih banyak pada suku yang sama berbanding setahun lalu.
Sesetengah pengamat menyatakan, corak perbelanjaan lebih tinggi itu dijangka berterusan untuk baki tahun ini.
Bagaimanapun rakyat tempatan dijangka lebih mengikat perut pada tahun depan kerana keadaan ekonomi dijangka lebih mencabar.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.