Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat SG perlu sentiasa waspada terhadap pandangan dan tindakan pengganas: Jamiyah

Berita mengenai dua remaja yang menjadi radikal sendiri dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan Perintah Sekatan (RO) adalah peringatan bahawa rakyat Singapura perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang pandangan dan tindakan pengganas di sini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Berita mengenai dua remaja yang menjadi radikal sendiri dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan Perintah Sekatan (RO) adalah peringatan bahawa rakyat Singapura perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang pandangan dan tindakan pengganas di sini.

Demikian menurut Jamiyah dalam kenyataan media hari ini (21 Feb).

Jamiyah turut menarik perhatian kepada pengaruh media sosial yang semakin besar dan membentuk minda golongan muda, iaitu sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Ini terutama sekali dapat dilihat dalam kes kedua-dua remaja yang menjadi radikal sendiri yang saling berkenalan menerusi wadah online.

Hakikat bahawa keluarga mereka sendiri tidak menyedari kegiatan sulit mereka dengan kumpulan-kumpulan pengganas luar negara juga menjadi satu isyarat bahawa usaha kita membanteras ancaman berbahaya ini perlu menyeluruh dan inklusif menjangkaui institusi keluarga, tambah Jamiyah.

Justeru, Jamiyah menggesa Pemerintah, anggota masyarakat, kumpulan belia dan badan-badan keagamaan supaya bukan sahaja mengekalkan kewaspadaan tetapi meneruskan dengan pendekatan pelbagai serampang mata dan kerjasama bagi menangani ancaman berterusan itu.

"Ancaman yang berterusan terhadap Singapura dan tanda-tanda bahawa kita belum lagi selamat, menunjukkan betapa pentingnya untuk, mungkin, mewujudkan cara dan strategi baru dan lebih kreatif untuk membanteras masalah pengganas ini," tegas Jamiyah.

Menurut Jamiyah lagi, sentimen biasa tetapi menyeleweng oleh remaja Muslim sedemikian, iaitu menyeru bagi penubuhan sebuah pemerintahan khilafah, perlu terus dihentikan.

Ini kerana menurut Jamiyah, pandangan sedemikian mengenai Islam dan kononnya takwa bukan sahaja dibenci tetapi jelas mencemarkan imej Islam yang damai.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan