Rakyat SG, penduduk tetap, pemegang pas kerja diberi keutamaan untuk kelas lesen memandu Kelas 4
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah lori di jalan raya. (Gambar fail: CNA)
SINGAPURA: Mulai Isnin (15 Sep), rakyat Singapura, penduduk tetap (PR) dan pemegang pas kerja yang bertugas sebagai pemandu sepenuh masa akan diberi keutamaan untuk menjalani kursus memandu lesen Kelas 4 dalam usaha menangani permintaan tinggi.
Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah baharu yang diperkenalkan oleh polis trafik (TP) untuk mengurangkan tempoh menunggu untuk kursus memandu itu, dengan masa menunggu dijangka "berkurangan secara berperingkat", menurut polis pada Ahad (14 Sep).
Lesen memandu Kelas 4 merujuk kepada kenderaan bermotor tanpa muatan yang melebihi 2,500kg.
Menurut polis, purata masa menunggu untuk kursus tersebut "meningkat dengan ketara", sehingga mencecah 13 bulan. Hampir 3,900 orang berada dalam senarai menunggu pada akhir Julai 2025, tambahnya.
Polis menyatakan bahawa sebelum Mei 2023, hanya rakyat Singapura, PR dan pemegang pas kerja yang diambil bekerja untuk memandu kenderaan berat boleh mendaftar untuk kursus memandu itu. Pendaftaran baharu ketika itu berjumlah kurang 200 pelajar sebulan secara purata.
Syarat berkaitan pekerjaan sudah dihapuskan pada Mei 2023 "sebagai memenuhi permintaan industri agar para majikan diberi lebih banyak kelonggaran dalam pengerahan pekerja mereka", menurutnya.
Penghapusan syarat tersebut bermakna semua pemandu dengan lesen memandu Kelas 3 atau Kelas 3C yang sah boleh mendaftar untuk kursus memandu lesen Kelas 4.
"Sejak itu, pendaftaran untuk kursus memandu lesen Kelas 4 meningkat dengan mendadak, melonjak kepada lebih 1,000 pelajar baharu pada September 2024, dan purata sekitar 650 pelajar baharu sebulan dalam separuh pertama 2025," menurut polis.
Mereka juga menyatakan bahawa kadar kelulusan bagi ujian lesen memandu Kelas 4 merosot kepada kira-kira 30 peratus, berbanding lebih 40 peratus pada tahun 2022 dan 2023.
"Ramai yang gagal merupakan pemegang Permit Kerja dan Pemegang Pas S. Mereka menukar lesen memandu asing mereka kepada lesen Kelas 3C Singapura, tetapi didapati kurang mahir untuk memandu kenderaan Kelas 3 dengan cekap," menurut polis. Ia menambah bahawa ini turut menaikkan jumlah permintaan untuk ujian semula dan latihan bagi lesen Kelas 4.
Menurut polis lagi, sebahagian daripada permintaan tersebut datang daripada pekerja yang ingin memohon lesen memandu Kelas 4 walaupun syarikat mereka tidak memerlukan mereka memandu kenderaan berat.
Isu masa menunggu yang lama untuk kursus memandu lesen Kelas 4 mendorong pihak berkuasa untuk melaksanakan pelbagai langkah, termasuk membenarkan sekolah memandu mengambil tenaga pengajar asing untuk menangani kekurangan slot latihan.
Pengendali bas swasta yang ditemui Mediacorp pada Oktober tahun lalu juga berkata kekurangan slot menyebabkan masalah termasuk kehilangan pendapatan.
PENGUTAMAAN
Pada masa ini, slot-slot bagi kursus memandu Kelas 4 diperuntukkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Namun, mulai Isnin, keutamaan akan diberikan kepada warga Singapura dan penduduk tetap, serta pemegang pas kerja yang bekerja sebagai pemandu sepenuh masa mengikut pekerjaan yang diisytiharkan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Pemegang pas kerja yang mendaftar untuk kelas tersebut mesti menyediakan pengisytiharan rasmi daripada majikan mereka, yang perlu mengesahkan bahawa syarikat itu mengendalikan kenderaan Kelas 4 dan berhasrat untuk menugaskan mereka memandu kenderaan tersebut.
Pemandu pelatih dari syarikat yang memasang alat pengehad kelajuan pada lori mereka juga akan diberi keutamaan berbanding mereka dari syarikat yang belum berbuat demikian walaupun diwajibkan oleh TP. Pada Jun, TP menyatakan kurang 10 peratus lori dilengkapi alat pengehad kelajuan yang mesti dipasang menjelang akhir Januari 2026.
Walaupun masa menunggu dijangka berkurangan kelak bagi rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas kerja yang bertugas sebagai pemandu sepenuh masa di bawah langkah-langkah baharu itu, mereka yang tidak diberi keutamaan akan menghadapi masa menunggu yang lebih lama, menurut polis.
MEREKA YANG MENGAMBIL UJIAN BERULANG
Selain itu, mereka yang perlu mengulangi latihan dan ujian memandu bagi lesen Kelas 4 tidak akan diberi keutamaan.
"Rekod kami menunjukkan bahawa sesetengah pemandu pelatih mengambil sehingga lebih 10 ujian memandu bagi lesen Kelas 4 sebelum mereka lulus. Ini meningkatkan tekanan terhadap kapasiti kursus memandu dan ujian," menurut polis. Ia menambah bahawa Pusat Keselamatan Memandu Singapura (SSDC) kini memperuntukkan sekitar 40 peratus slot latihan kepada pelajar yang perlu mengulangi ujian.
"Untuk memaksimumkan kapasiti yang terhad, pemandu pelatih yang gagal ujian lesen memandu Kelas 4 selepas tiga percubaan tidak akan dibenarkan mendaftar untuk ujian ulangan seterusnya selama sekurang-kurangnya enam bulan."
Ini akan mengurangkan bilangan pelajar yang perlu mengulangi ujian tersebut, dan membolehkan SSDC dan TP memperuntukkan lebih banyak slot latihan dan ujian kepada pemandu pelatih baharu, menurut polis.
Mengenai langkah tidak memberi keutamaan kepada mereka yang gagal ujian sebanyak tiga kali, polis menyatakan bahawa walaupun pada masa ini tiada had dikenakan untuk mengambil ujian, langkah tersebut akan membuka lebih banyak slot bagi pemandu pelatih baharu.
Mereka menyatakan bahawa pada tahun 2024, tiga pelajar tidak lulus ujian selepas lebih 12 percubaan, dan menggesa syarikat-syarikat agar mengesahkan kebolehan memandu bakal pemandu berkenaan sebelum mengambil mereka bekerja.
PENILAIAN JALAN RAYA BAHARU
Pemegang permit kerja dan Pemegang Pas S yang ada lesen memandu asing yang sah pada masa ini boleh menukarnya kepada lesen memandu Singapura kelas 3C setelah lulus Ujian Teori Asas, untuk membolehkan mereka memandu kenderaan Kelas 3 di negara ini.
Kelas 3 melibatkan kenderaan tanpa muatan yang tidak melebihi 3,000kg, dengan maksimum tujuh penumpang, dan tidak termasuk pemandu.
Mulai Isnin, semua pemegang lesen memandu Kelas 3C yang ingin mengambil kelas memandu Kelas 4 juga mesti lulus ujian di jalan raya sebelum mereka boleh berbuat demikian.
Langkah baharu itu dijangka akan meningkatkan kadar kelulusan Kelas 4 dan mengurangkan permintaan untuk latihan dan ujian semula, menurut polis. Ia menambah bahawa mereka yang gagal ujian di jalan raya akan kehilangan lesen memandu Kelas 3C dan tidak dibenarkan mengikuti latihan memandu bagi lesen Kelas 4.
Menurut TP, ujian di jalan raya menilai kecekapan pemohon untuk memandu kenderaan Kelas 3 dalam keadaan lalu lintas sebenar, dengan tumpuan kepada kecekapan utama seperti kawalan kenderaan dan memandu di kawasan persimpangan.
Ia menggunakan sistem mata di mana kesilapan serius akan menyebabkan kegagalan ujian dengan serta-merta. Calon-calon mesti menunjukkan mereka dapat memandu dengan lancar, berupaya menghadapi pelbagai keadaan jalan raya dengan selamat dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk lulus.
Mereka juga perlu membayar yuran berasingan untuk ujian di jalan raya dan sewa kenderaan. Maklumat lanjut mengenai yuran itu akan diumumkan kelak.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.