Rakyat SG Muslim di Britain "berjaga-jaga tahap tinggi" di tengah rusuhan antipendatang, sentimen xenofobia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Roland Lloyd Parry/AFP
SINGAPURA: Sedang rusuhan yang tercetus daripada sentimen antipendatang merebak di merata Britain, rakyat Singapura Shereen Williams diselubungi rasa gelisah sejak beberapa minggu lalu - lebih-lebih lagi memandangkan beliau beragama Islam.
"Apabila anda adalah minoriti yang jelas tinggal di negara di mana sesetengah orang di luar sana tidak ragu-ragu untuk meludah atau memukul anda ... Saya menjalani hidup saya dalam keadaan berjaga-jaga," kata wanita berusia 42 tahun yang tinggal di Wales itu.
Malah, perbuatan sekadar keluar untuk makan tengah hari atau berjalan di kaki lima membuatkan beliau "lebih gementar lagi", tambahnya.
"Ia hanya memerlukan seorang sahaja yang berkelakuan seperti itu untuk membahayakan nyawa anda," kata Cik Williams, yang merupakan ketua eksekutif Suruhanjaya Demokrasi dan Sempadan Cymru, sebuah badan awam bebas di Wales.
Beliau adalah antara ribuan rakyat Singapura yang tinggal di UK, dengan sebilangan daripada mereka menyuarakan kebimbangan mereka kepada Mediacorp mengenai ketegangan yang kian meruncing di sana.
Keadaan huru-hara itu tercetus pada 30 Julai lalu, selang sehari selepas tiga kanak-kanak perempuan dibunuh dalam satu serangan pisau di sebuah kelas tarian di bandar Southport berdekatan dengan Liverpool.
Para perusuh diapi-apikan dengan timbulnya khabar angin di platform online bahawa suspek serangan terbabit merupakan seorang Muslim yang mencari perlindungan suaka. Suspek itu kemudian dikenal pasti sebagai seorang remaja berusia 17 tahun bernama Axel Rudakubana, yang dilahirkan di Wales. Ibu bapanya berpindah ke Britain dari Rwanda, yang mempunyai bilangan Muslim yang kecil.
Ini bagaimanapun tidak menghentikan masjid-masjid daripada disasarkan para perusuh.
Pergolakan itu merebak ke beberapa bandar pada hujung minggu lalu. Pertempuran meletus di perhimpunan haluan kanan di tempat-tempat seperti Liverpool, Manchester, Bristol, Blackpool dan Hull, serta Belfast di Ireland Utara.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura di London menyatakan pada 4 Ogos lalu bahawa pihaknya sedang memantau situasi itu di UK.
"Rakyat Singapura yang tinggal di atau sedang melakukan perjalanan ke United Kingdom digesa kekal berwaspada dan mengelak kawasan-kawasan yang terjejas seboleh mungkin," tegas pesuruhjaya tinggi itu di platform X.
SENTIMEN HALUAN KANAN
Risiko bahaya yang muncul daripada sentimen haluan kanan yang kian meningkat, tidak asing lagi bagi Cik Williams.
Beliau mengatakan bahawa dalam 19 tahun beliau tinggal di Wales, beliau pernah diludah dan bahkan, dipukul di kepala sekali oleh seseorang yang tidak dikenali - dalam insiden-insiden yang disyaki tercetus daripada sentimen xenofobia.
Sebagai mantan pegawai utama bagi perpaduan masyarakat dan kontraekstremisme bagi kawasan Newport di Wales, Cik Williams memahami bagaimana sentimen sedemikian boleh mencemarkan hubungan dalam kalangan masyarakat serta menyebabkan masyarakat minoriti berdepan dengan risiko.
Beliau sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan kemungkinan tercetusnya keganasan apabila beliau mendengar tentang berita pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan terbabit di Southport dan seterusnya, kemunculan maklumat salah mengenai suspek tersebut.
"Ini bukan kali pertama... (Ketegangan) biasanya memuncak menyusuli insiden keganasan di Britain, dan saya fikir selepas tikaman berlaku, bergantung kepada siapa yang melakukannya, ia akan mencetuskan beberapa lagi ketegangan," ujarnya.
Walau bagaimanapun, ini, menurutnya, merupakan rusuhan terburuk yang pernah beliau alami dalam hampir dua dekad beliau tinggal di UK.
PANTAU PERKEMBANGAN
Perdana Menteri Britain Keir Starmer menegaskan bahawa para perusuh ganas, yang menyasarkan masyarakat Muslim, akan segera berdepan dengan "kuasa penuh undang-undang" sedang beliau berusaha untuk meleraikan rusuhan antipendatang, yang sudah berlarutan selama beberapa hari.
Sementara itu, seorang rakyat Singapura di London berkongsi meskipun beliau tidak terjejas oleh rusuhan berkenaan, beliau tetap masih memantau perkembangan situasi itu.
Cik Kimberly Ho, yang berpindah ke London sejak setahun setengah lalu bersama suaminya, berkata beliau pada mulanya menyangka keganasan itu akan diasingkan di kawasan utara Britain, tetapi risau dengan khabar angin bahawa perusuh boleh "menyerbu Downing Street", kediaman rasmi dan pejabat perdana menteri.
"Tetapi London cukup besar untuk mengelak tempat-tempat ini apabila anda dimaklumkan bahawa sebilangan tempat mungkin disasarkan," kongsinya.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.