Rakyat SG maut di Sepanyol beli insurans daripada suspek; puluhan orang beri penghormatan terakhir
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA
SINGAPURA: Cik Audrey Fang, wanita rakyat Singapura yang terbunuh di Sepanyol lebih dua minggu lalu, telah membeli polisi insurans pada 2015 daripada pembunuhnya yang disyaki.
Hal tersebut diketahui keluarga mendiang pada Sabtu (27 Apr).
Mereka sedang menyelongkar barangannya apabila mereka menemui dua polisi berkait insurans daripada syarikat insurans AIA, kongsi sepupunya yang hanya ingin dikenali sebagai Cik See.

Polisi tersebut dijual oleh seorang ejen bernama Ong Cheong Yi, dan keluarganya mendedahkan bahawa Ong Cheong Yi merupakan nama Cina suspek Mitchell Ong.
Menurut profil LinkedIn yang telahpun dipadam, Ong bekerja di AIA dari Jan 2014 hingga Feb 2019.
Kelurga mendiang Cik Fang sebelum ini tidak mengetahui mengenai hubungan yang terjalin antaranya dengan Ong, yang disyaki membunuhnya.
Cik Fang, 39 tahun, ditemui mati dengan 30 kesan tikaman pada 10 Apr di Sepanyol, di mana beliau sedang bercuti sendirian. Dengan bantuan Kementerian Ehwal Luar, mayat Cik Fang dapat dibawa pulang ke Singapura.
Puluhan saudara-mara, rakan sekelas, rakan sekerja dan rakan-rakan menghadiri hari pertama upacara memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pada Sabtu. Ia akan berlangsung selama tiga hari sehingga 29 Apr.
Bapa saudaranya, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik See, berkata Cik Fang sepatutnya melancong ke Jepun bersama isterinya, anak perempuannya dan seorang lagi saudara.
"Isteri saya sudahpun mengemas semua bagasinya," kata Encik See, 71 tahun. Mereka sepatutnya berangkat pada Sabtu.
Selepas apa yang berlaku kepada Cik Fang, isterinya "menangis tanpa henti", katanya, sambil menitiskan air mata. "Kami sangat rapat."
Cik Fang tiba di Sepanyol pada 4 Apr dan dijangka pulang ke Singapura pada 12 Apr, menurut saluran media Sepanyol.
Beliau meninggalkan barangannya di hotel mewahnya di Javea pada 9 Apr lalu tidak dapat dihubungi sejurus itu.
Pada keesokan harinya, mayatnya ditemui dengan 30 kesan tikaman berdekatan dengan sebuah tempat letak kenderaan bagi lori di bandar Abanilla, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Xabia, sebuah kawasan kejiranan.
Akhbar Sepanyol La Verdad de Murcia menyatakan laporan awal bedah siasat mendapati kesan luka daripada pisau dan trauma di kepala yang menjadi punca kematiannya.
Ong, yang merupakan seorang rakyat Singapura berusia 43 tahun, diberkas pada 16 Apr di Alicante berkaitan dengan kematiannya. Ketika dia diberkas, pihak berkuasa tidak mendedahkan apakah hubungan antara mereka.
Dia dihadapkan ke mahkamah pada 19 Apr dan sedang direman sedang siasatan dijalankan.
Encik See berkata keluarganya diberitahu bahawa Ong mungkin dibebaskan daripada tahanan dalam tempoh 48 jam kerana belum ada bukti kukuh yang mencukupi, tetapi hakim bersetuju dengan permintaan peguam mereka agar beliau ditahan reman sedang siasatan diteruskan.
Beliau menambah polis Sepanyol dan peguam keluarga itu sangat membantu.
MOTIF EKONOMI?
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa mungkin terdapat motif "kewangan" di sebalik pembunuhan tersebut, dengan saluran media Sepanyol Levante El Mercantil Valenciano mendedahkan Cik Fang telah memindahkan wang kepada orang ketiga yang tidak dikenal pasti.
Encik See berkata keluarganya bimbang Ong mungkin telah dinominasi untuk menerima wang CPF Cik Fang.
Polis Sepanyol menyimpan peranti elektroniknya buat masa ini bagi siasatan dan memberitahu keluarga tersebut bahawa pihaknya mendapati terdapat percubaan untuk membuat perubahan pada akaun CPF Cik Fang pada Mac sebelum beliau berangkat untuk percutiannya.
Setelah keluarganya menerima sijil kematian Cik Fang, mereka merancang untuk memeriksa dengan pihak berkuasa sama ada Ong telah dijadikan benefisiari untuk pelan insurans atau wang CPFnya.
Mereka juga akan cuba mendapat pengesahan sama ada wang tersebut sudahpun dipindahkan keluar daripada akaun banknya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.