Skip to main content

Singapura

Rakyat SG kongsi cabaran hubungi syarikat penerbangan untuk pulang dari Bali

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jun 2025 10:27PM Dikemas Kini : 18 Jun 2025 10:28PM
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura yang berada di kawasan-kawasan terjejas, menyusuli letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia, supaya berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan memantau perkembangan tempatan dengan teliti.

Seorang pengunjung rakyat Singapura yang berada di Balim Alvin Liew, berkongsi cabaran menghubungi syarikat penerbangan.

Beliau berkata: "Ada kiriman emel dan makluman kiriman mesej SMS. Kami sudah cuba menghubungi pejabat (syarikat penerbangan), tetapi kami boleh bayangkan bahawa ia mesti dibanjiri dengan banyak panggilan kerana sekarang ini adalah musim cuti sekolah di Singapura, bukan?

"Kami menjangkakan ada ramai rakyat Singapura di Bali, maka kami masih menghadapi kesukaran untuk menghubunginya.

"Hotel penginapan kami juga sedang membantu kami."

Sekurang-kurangnya 24 penerbangan ke dan dari pulau peranginan Indonesia, Bali, sudah dibatalkan, menurut laman rasmi lapangan terbang antarabangsa Bali pada Rabu, berikutan letusan gunung berapi di timur kepulauan tersebut yang memuntahkan abu setinggi 10 kilometer ke udara.

Penerbangan yang dibatalkan termasuk penerbangan Jetstar dan Virgin Australia ke bandar-bandar di seluruh Australia, dengan Air India, Air New Zealand dan Juneyao Airlines China juga membatalkan penerbangan "disebabkan gunung berapi", menurut laman web lapangan terbang antarabangsa Bali.

Ia juga termasuk penerbangan antarabangsa dari Singapura, India dan Australia seperti Scoot, Jetstar dan Singapore Airlines.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita