Rakyat SG ke Malaysia dinasihat waspada susuli serangan JI di Johor: MFA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah Singapura pada Jumaat (17 Mei) menasihatkan rakyatnya yang melakukan perjalanan ke Malaysia supaya berwaspada berikutan serangan yang berlaku di sebuah balai polis di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Dalam kenyataan media dikeluarkan pada Jumaat petang (17 Mei), Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan: "Rakyat Singapura yang berada di Malaysia atau yang melakukan perjalanan ke negara itu dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri mereka dijaga."
MFA menyatakan bahawa Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut, yang dilakukan seorang anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) pada Jumaat pagi. Serangan itu meragut nyawa dua pegawai polis dan menyebabkan seorang lagi cedera.

Penyerang tersebut merupakan seorang lelaki 21 tahun, yang masuk ke balai polis bersenjatakan parang dan menyerang salah seorang pegawai polis berdekatan pintu masuk balai, serta mengambil pistol milik pegawai tersebut.
Kesemua lima anggota keluarga suspek berusia antara 19 dengan 62 tahun diberkas, termasuk bapanya, yang merupakan seorang anggota JI terkenal.
Lebih 20 individu dipercayai mempunyai hubungan dengan JI juga sedang dicari bagi siasatan berkait serangan tersebut.
Bandar Ulu Tiram berada 20 kilometer dari Johor Bahru. Ia berhampiran dengan Mount Austin, salah satu destinasi beli-belah popular dalam kalangan rakyat Singapura.
MFA menyatakan ia sedang memantau keadaan di Johor Bahru bersama Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru.
Ia juga menasihatkan rakyat Singapura yang melancong ke Malaysia untuk mendaftar dengan MFA melalui laman https://eregister.mfa.gov.sg supaya ia dapat menghubungi dan membantu mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
"Kami juga menasihatkan semua rakyat Singapura yang melancong ke luar negara untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan menyeluruh," tambah MFA.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.