Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat SG inginkan perlindungan insurans lebih baik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Nov 2023 07:56PM Dikemas Kini : 11 Nov 2023 12:49AM
SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura ingin perlindungan insurans yang lebih baik.

Ini boleh dilihat melalui bertambahnya permintaan bagi insurans hayat, dengan lebih ramai memilih polisi dengan bayaran premium secara tahunan.

Demikian menurut data yang dikeluarkan Persatuan Insurans Hayat bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Lebih 110,000 orang mendapatkan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu antara Januari hingga September lalu, sekali gus membawa jumlah rakyat yang dilindungi pelan ini kepada sekitar 2.9 juta.

Pelan ini merangkumi skim MediShield Hayat dan komponen perlindungan insurans swasta tambahan.

Namun, industri itu mencatat penjualan lebih rendah tahun ini berbanding tahun lalu.

Premium perniagaan baharu merosot hampir 10 peratus kepada $3.5 bilion di tengah-tengah keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu.

Sementara itu, sekitar $10 bilion dibayar kepada pemegang polisi dan waris mereka.

Sekitar $1 bilion adalah tuntutan bagi kematian, penyakit kritikal atau kehilangan upaya.

Bakinya pula adalah untuk polisi yang sudah sampai tempoh matang.


Jumlah pekerja dalam industri ini juga meningkat kepada hampir 9,800 orang.

Ini sedang keperluan bagi insurans kesihatan dan khidmat bagi bayaran tuntutan semakin meningkat ekoran penduduk Singapura yang semakin menua.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan