Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat SG harus tinggalkan Israel dan Wilayah Palestin secepat mungkin: MFA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga Singapura yang tinggal di Israel dan Wilayah Palestin harus meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin menerusi pilihan komersil.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (10 Okt) yang meningkatkan tahap nasihat perjalanan berbanding makluman sebelumnya.

MFA sebelum ini menasihatkan warga Singapura supaya mengelak semua perjalanan ke Carikan Gaza, Tebing Barat dan sempadan Israel dengan Carikan Gaza, Lubnan dan Syria.
Rakyat Singapura juga dinasihatkan untuk mengelakkan semua perjalanan yang tidak penting ke Israel memandangkan konflik yang sedang berlaku.

"Mengambil kira perkembangan terkini, warga Singapura yang melakukan perjalanan atau tinggal di Israel dan Wilayah Palestin harus meninggalkan Israel dengan segera menerusi pilihan komersil yang ada," jelas MFA pada Selasa.

"Mereka yang ingin terus berada di Israel, dinasihati supaya kekal berwaspada, pantau rapi perkembangan tempatan dan elak kawasan-kawasan yang diketahui kerap berlaku gangguan awam atau tempat berkumpulnya ramai orang, terutama sekali di Bandar Lama dan Timur Baitulmakdis, termasuk Haram al-Sharif/Temple Mount.

"Mereka harus mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk keselamatan diri termasuk membeli insurans perjalanan dan perubatan komprehensif."

Israel terus membedil Gaza, yang dikuasai Hamas pada Selasa setelah kumpulan militan itu mengancam untuk membunuh beberapa tahanan yang dijadikan tebusan hujung minggu lalu bagi setiap serangan udara yang dilakukan ke atas rumah warga Palestin tanpa amaran.

Angka korban jiwa meningkat kepada lebih 900 di Israel, manakala, sekurang-kurangnya 687 warga Palestin dilaporkan terbunuh.

Pada Sabtu lalu, Singapura mengutuk keras serangan roket dan keganasan ke atas Israel dan menggesa agar keganasan tersebut dihentikan dengan serta-merta.
Dalam nasihatnya, MFA juga menggalakkan warga Singapura untuk mendaftar dengan MFA secara online supaya kementerian tersebut dapat menghubungi mereka jika perlu.

"Rakyat Singapura juga dinasihatkan agar menghubungi keluarga dan rakan anda supaya mereka tahu anda dalam keadaan selamat" tambah MFA.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa berada di Israel atau Wilayah Palestin boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv atau Pejabat Bertugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam) di:

Kedutaan Singapura di Tel Aviv
Alamat: 28 HaArba’a Street

South Tower, aras 19
Tel Aviv 6473926
Israel

Tel: +972 3 7289334
Faks: +972 3 7289340
Emel: singemb_tlv [at] mfa.sg

Pejabat Bertugas MFA
Tel: +65 6379 8800/8855
Faks: +65 6476 7302
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan